Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[sa.bar] | صبر

Definisi : 1. betah menahan penderitaan (kesakit-an, kesusahan, dll): segala seksaan diterimanya dgn ~; 2. tidak terburu-buru, tenang: ia menanti dgn ~ ketibaan suaminya; ~ itu separuh drpd iman; bersabar = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar: “ceritalah segera,” desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi; menyabarkan 1. menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~ ibuku yg di kemuncak kemarahannya; tersabar sanggup atau boleh bersabar: Mak Haji tidak ~ lagi hendak mendengar berita itu; kesabaran perihal sabar: mengajar membaca muzik berkehendakkan ~, ketekunan, dan ke-pandaian guru; penyabar 1. orang yg sabar; 2. sabar: isteri yg ~ itu hampir tidak pernah kering air mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.bar] | صبر

Definisi : 1 tidak lekas marah atau tidak lekas putus asa; kuat menghadapi se­suatu kesakitan dll: Dia telah menerima segala seksaan itu dgn ~. 2 tidak terburu-buru atau tidak terkejar-kejar; tidak mudah berasa risau: ~, jangan tergopoh-gopoh berbuat sesuatu. bersabar, = ~ hati berlaku sabar; bersifat sabar: Kita hendaklah ~ ketika menghadapi sebarang kesulitan. menyabarkan 1 meng­hadapi sesuatu kesulitan dgn sabar; menderita sesuatu dgn sabar; bersabar terhadap: Dia tidak dpt ~ segala kecaman yg dilemparkan kpdnya. 2 membuat orang bersabar; meredakan orang yg sedang marah dll; menjadikan bersabar: Dica­rinya akal utk ~ ibunya yg sedang marah. ~ hati menahan marah; mengawal perasaan supaya bersabar. kesabaran keadaan atau sifat sabar: ~nya hilang apabila melihat pemuda itu menumbuk adiknya. penyabar 1 bersikap tidak mudah marah; bersikap selalu tenang: Orang yg ~ tidak mudah mendapat seteru. 2 orang yg sabar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sabar

Puisi
 
Hari redup membuat gambar,
     Gambar dibuat dengan cermat;
Hidup kita mahu sabar,
     Baru kita dapat selamat.

Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sedikit-sedikit tekun,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain).

Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
look~ forward to, await with pleasure, tdk sabar-sabar + approp v; (in business correspondence) berharap; (in negative construction) keberatan: they were ~ing forward to the weekend, mereka tdk sabar-sabar menunggu cuti hujung minggu; I am ~ing forward to hearing from you in the near future, saya berharap akan mendapat jawapan drpd pihak tuan tdk lama lagi; I’m not ~ing forward to meeting him again, saya keberatan utk menemuinya lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pant b. desire st strongly, tdk /tertahan-tahan, sabar-sabar/ hendak + approp v: a man ~ing for revenge, lelaki yg tdk tertahan-tahan hendak membalas dendam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
raringadj; ~ to go, (colloq) tak /menyempat, sabar-sabar lagi/ hendak pergi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eagerlyadv 1. enthusiastically, dgn penuh minat: a celebration in which the people ~ took part, perayaan yg disertai oleh orang ramai dgn penuh minat; 2. impatiently, tdk sabar-sabar (lagi): the spectators ~ waited for the match to begin, para penonton tdk sabar-sabar lagi menunggu perlawanan itu dimulakan; 3. readily, dgn tdk teragak-agak lagi: he ~ accepted the offer, dgn tdk teragak-agak lagi dia menerima tawaran itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leash/hold, keep/ in ~, menahan, mengawal: he tried to hold his temper in ~ and not fight back, dia mencuba mengawal kemarahannya dan tdk melawan; straining at the ~, tdk /sempat-sempat, sabar-sabar/ lagi hendak + approp v: the students were planning to go on an excursion and were straining at the ~ to get away, pelajar-pelajar itu merancang utk membuat lawatan dan tdk sabar-sabar lagi hendak pergi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

waitvt 1. await, menunggu, menanti: his parents are eagerly ~ing his return, ibu bapanya tdk sabar-sabar menunggu kepulangannya; you’ll have to ~ your turn, kamu terpaksa menunggu giliran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gear~ up, a. change to a higher gear, menukar ke gear tinggi; b. become ready, bersiap sedia: the factory is ~ing up for increased production, kilang itu bersiap sedia utk menambah pengeluaran; ~ os up, (usu pass.) bersedia dan tdk sabar-sabar lagi: I was all ~ed up for a fight, saya sudah bersedia dan tdk sabar-sabar lagi utk bergaduh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lick~ o’s boots, /mengampu, membodek/ sso; ~ o’s /lips, chops/, (colloq) a. relish food, terliur: the smell from the kitchen made him ~ his lips, bau dr dapur membuat dia terliur; b. show eager expectation of future events, tdk /sabar-sabar, sempat-sempat/: he ~ed his lips when he was invited to the scout camp, dia tdk sabar-sabar lagi apabila dijemput utk menyertai perkhemahan pengakap; ~ o’s wounds, melayan perasaan: it has been weeks since his defeat but he is still ~ing his wounds, sudah berminggu-minggu dia mengalami kekalahan tetapi masih melayan perasaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

12345678

Kembali ke atas