Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.bar] | صبر

Definisi : 1. betah menahan penderitaan (kesakit-an, kesusahan, dll): segala seksaan diterimanya dgn ~; 2. tidak terburu-buru, tenang: ia menanti dgn ~ ketibaan suaminya; ~ itu separuh drpd iman; bersabar = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar: “ceritalah segera,” desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi; menyabarkan 1. menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~ ibuku yg di kemuncak kemarahannya; tersabar sanggup atau boleh bersabar: Mak Haji tidak ~ lagi hendak mendengar berita itu; kesabaran perihal sabar: mengajar membaca muzik berkehendakkan ~, ketekunan, dan ke-pandaian guru; penyabar 1. orang yg sabar; 2. sabar: isteri yg ~ itu hampir tidak pernah kering air mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.bar] | صبر

Definisi : 1 tidak lekas marah atau tidak lekas putus asa; kuat menghadapi se­suatu kesakitan dll: Dia telah menerima segala seksaan itu dgn ~. 2 tidak terburu-buru atau tidak terkejar-kejar; tidak mudah berasa risau: ~, jangan tergopoh-gopoh berbuat sesuatu. bersabar, = ~ hati berlaku sabar; bersifat sabar: Kita hendaklah ~ ketika menghadapi sebarang kesulitan. menyabarkan 1 meng­hadapi sesuatu kesulitan dgn sabar; menderita sesuatu dgn sabar; bersabar terhadap: Dia tidak dpt ~ segala kecaman yg dilemparkan kpdnya. 2 membuat orang bersabar; meredakan orang yg sedang marah dll; menjadikan bersabar: Dica­rinya akal utk ~ ibunya yg sedang marah. ~ hati menahan marah; mengawal perasaan supaya bersabar. kesabaran keadaan atau sifat sabar: ~nya hilang apabila melihat pemuda itu menumbuk adiknya. penyabar 1 bersikap tidak mudah marah; bersikap selalu tenang: Orang yg ~ tidak mudah mendapat seteru. 2 orang yg sabar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sabar

Puisi
 

Hari redup membuat gambar,
     Gambar dibuat dengan cermat;
Hidup kita mahu sabar,
     Baru kita dapat selamat.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sedikit-sedikit tekun,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
untuk menunjukkan nilai murdni, istilah yang digunakan ialah sifat sabar atau sifat bersabar?Perkataan "sabar" lebih sesuai apabila mengikuti perkataan "sifat". Contohnya kita sebut "sifat malas", kita tidak sebut "sifat bermalas", "sifat rajin" bukan "sifat berajin" atau "sifat tabah" bukan "sifat bertabah".Tatabahasa12.03.2014
Adakah ayat berikut betul: Saya tidak sabar untuk menyambut Hari Raya.Ayat tersebut boleh digunakan.
 
Saya tidak sabar untuk menyambut hari raya.
Tatabahasa26.04.2021
1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. 2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. Adakah ayat- ayat di atas betul?1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. - ayat ini betul  2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. - ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata reaksi kurang tepat dalam ayat tersebutTatabahasa04.09.2009
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=broad&d=139128&#LIHATSINI Sila semak semula tafsiran berikut. Ia salah sama sekali. day-labourer broad ~, hari sudah siang: we had planned to arrive before dawn,but when we did it was broad ~, kami bercadang utk tiba sebelum waktu subuh, tetapi apabila kami tiba hari sudah siang; in ~, semasa hari (masih) siang: I was anxious to see what the place looks like in ~, saya tdk sabar-sabar lagi hendak melihat rupa tempat itu semasa hari siang; in broad ~, a. in the daytime, pd /siang hari, waktu siang/; b. in public, secara terang-terangan; see ~, understand st previously puzzling or obscure, faham, mengerti.Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak yang berkenaan.Lain-lain22.04.2020
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya. 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu.Sila jelaskan soalan saudara, walau bagaimanapun kedua-dua ayat tersebut betul, iaitu:
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya
2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu.
Tatabahasa26.04.2012
Ibu bapa perlu lebih pritatin terhadap anak-anak. Contohnya sabar memberi tunjuk ajar . adakah ayat kedua merupakan ayat tergantung? adakah ayat sebegini diterima dalam penulisan pmr? terima kasihAyat yang betul ialah ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak-anak, contohnya sabar memberi tunjuk ajar.Tatabahasa21.01.2010
Asslamualaikum, saya ingin bertanya cara untuk menghubungi dua orang pengarang iaitu Abdullah Shuib dan Sabar Bohari yang menukil buku Raung Merdeka dan Di Bawah Bahang Mentari sekian terima kasihWaalaikumusalam wbk. No. telefon Abdullah Shuib - 014 - 2309874 manakala Sabar Bohari - 03 - 55413476 (rumah). Sekian dan salam.  Lain-lain28.07.2008
We’re thrilled to have you on board and can’t wait to get to know you. diterjemahkan kepada: Kami teruja dengan kehadiran tuan dan tidak sabar untuk mengenali tuan Mohon semakanCadangan, kami amat seronok dengan kehadiran tuan dan tidak sabar untuk mengenali tuan.Penyemakan dan penterjemahan17.01.2020
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah betul? Jika salah, apakah sebabnya dan apakah ayat yang betul? 1) Hobi saya ialah memancing ikan. 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. Sekian terima kasih.1) Hobi saya ialah memancing ikan. - betul
2) Antara nilai-murninya ialah sabar. - betulkan ejaan nilai murni.
3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. -  betul
4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. - kata kerja bertanggungjawab memerlukan pelengkap untuk melengkapkan ayat tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa23.04.2012
bolehkah saya mendapatkan sajak bertajuk "sajak dan iblis" karya sabar bohari???

Terima kasih atas soalan saudara.

Saudara boleh merujuk di majalah Mastika keluaran Mei 1967 yang bertajuk "Syaitan dan Iblis".

Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, tingkat 3, Menara DBP  untuk mendapatkan bahan ini. Sekian terima kasih

Lain-lain08.10.2010
1234

Kembali ke atas