Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dll semasa pertelingkahan politik; 2. perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dsb, perbuatan khianat: syarikat itu terpaksa meng-hadapi pelbagai ~; mensabotaj menggagalkan atau merosakkan aktiviti lawan dll, mengkhianati: kita harus mengutamakan Bahasa Kebangsaan, dan tidak sebaliknya cuba ~ Bahasa Kebangsaan itu dgn memperkukuh bahasa Inggeris; pensabotaj orang (pihak) yg melakukan sabotaj, pengkhianat: akhirnya kegiatan ~ itu dapat dikesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabotaj (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan khianat, perbuatan belot;,
Kata Terbitan : mensabotaj,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SABOTAJ

Sabotaj ialah perbuatan dengan sengaja mensia-

Siakan atau merosakkan alat, mesin atau

pengeluaran milik majikan atau kerajaan. Perkataan

ini bermula pada tahun 1800-an apabila pekerja

Perancis mencampakkan sabot (kasut kayu) ke

dalam mesin untuk menghentikan pengeluaran. Di

Sepanyol, Perancis dan Itali, sabotaj telah

digunakan oleh ahli sindiket iaitu anggota kesatuan

sekerja berfahaman anarki.

UMUM 
PERKHIDMATAN KESELAMATAN

Perkhidmatan keselamatan yang dikenali

umum sebagai MI5, ialah perkhidmatan kerajaan

yang bertanggungjawab untuk melindungi Britain

daripada pengintipan, sabotaj, atau sebarang aktiviti

yang berbahaya kepada negara berkenaan.

UMUM 
SAYAP KELIMA

Sayap kelima merujuk kepada ejen

pengintipan yang beroperasi di kalangan pihak

musuh untuk melemahkan perjuangannya. Ejen ini

membuka jalan bagi serangan tentera atau politik.

Ejen ini bekerja dalam tentera, parti politik, atau

industri. Antara aktivitinya termasuk pengintipan,

sabotaj, subversif ekonomi, propaganda,

penghasutan, penyeludupan, pembunuhan,

keganasan dan pemberontakan. Istilah sayap

kelima pertama kali digunakan semasa Perang

Saudara Sepanyol (1936–1939) untuk memerikan

usaha pengikut Francisco Franco, di Loyalist

Madrid. Emilio Mola, jeneral Franco, berkata, “Saya

mempunyai sayap keempat yang bergerak

melawan Madrid, dan sayap kelima akan bangkit

dalam kota itu sendiri”.

UMUM 
PERANG GERILA

Perang gerila ialah perang oleh kumpulan

pejuang yang berkeliaran dan menyeksa musuh

melalui serang hendap, penyerbuan mendadak,

dan serangan skala kecil yang lain. Gerila

mungkin tersusun, tetapi mereka biasanya

berjuang dalam kumpulan kecil. Mereka biasanya

beroperasi di belakang barisan musuh dan

menggunakan taktik hentam-dan-lari dan sabotaj

untuk mengejutkan dan menyeksa musuh. Mereka

mengambil kesempatan atas ciri-ciri kawasan

semula jadi — seperti hutan, bukit, tasik, dan

sungai — kepada bersembunyi dan melancarkan

serangan. Apabila keganasan dilancarkan di

kawasan bandar, operasi sedemikian biasanya

dikenali sebagai “Keganasan Bandar”. Mereka

melakukan pengeboman, penculikan, dan

tindakan ganas yang lain. Gerila kadang-kadang

dikenali juga sebagai pejuang bawah tanah atau

penentang , atau partisan . Taktik gerila biasanya

digunakan oleh kumpulan yang terhad sumbernya

untuk menentang musuh yang lebih hebat dari

segi kuasa dan kekuatan. Perkataan gerila

bermaksud perang kecil dalam bahasa Sepanyol

dan pertama kali digunakan semasa Perang

Semenanjung Napoleon (1808–1814).

UMUM 

Kembali ke atas