Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sabung (kata kerja)
Bersinonim dengan adu, laga, lawan, tanding;,
Kata Terbitan : bersabung, menyabung, sabung-menyabung, menyabungkan, tersabung, sabungan, persabungan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyadursabung; ayam ~ ayam yg dipelihara utk disabung. bersabung 1 berlaga; beradu: ayam ~ ayam berlaga. 2 se­dang mengadu atau sedang mem­perlagakan (ayam dsb): ~ ayam. 3 ki berlanggar antara satu dgn yg lain; berlawan; bertempur: ombak ~ ombak berlanggaran. 4 ki bertemu (bkn pandangan dll): ~ mata bertemu mata; berpandang-pandangan; saling memandang. menyabung 1 membuat supaya berlaga; mengadu (ayam): Ia asyik ~ ayam dan berjudi saja. 2 ki membuat sesuatu yg membahayakan diri: ~ nyawa menempuh bahaya yg sangat besar. ~ untung a. membuat sesuatu dgn tidak berharap mesti berjaya; ber­serah kpd nasib. b. pergi ke mana-ma­na utk mencari rezeki; membawa nasib. sabung-menyabung saling me­langgar dgn hebatnya; berlanggar-langgaran: Maka turunlah hujan dgn lebatnya serta kilat ~. sabungan apa-apa yg disabung atau diadukan. persabungan 1 per­buatan atau hal bersabung. 2 tempat menyabung ayam. 3 ki hal bertempur; pertempuran. penyabungan perbuatan (hal dsb) menyabung. penyabung orang yg suka menyabung (ayam).Kamus Pelajar Edisi Kedua
ayam I1. sj unggas yg biasanya diternak; 2. daging ayam: kari ~; sup ~; ~ aduan ayam sabung(an); ~ air, Porphyrio porphyrio; ~ alas ayam hutan; ~ bacul ayam sabung yg penakut; ~ (bulu) balik ayam yg bulunya terbalik; ~ bangkas ayam jantan yg borek (berbintik-bintik putih); ~ belanda sj unggas besar yg diternak, Meleagris gallo­pavo; ~ belorong ayam jantan yg putih; ~ beroga = ~ burga ayam hutan; ~ betina ayam jenis betina (jenis yg boleh bertelur); ~ biang ayam betina yg sudah bertelur; ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya; ~ bogel ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam togel; ~ daging ayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur); ~ dara ayam betina yg hampir bertelur; ~ denak = ~ hutan ayam liar, Gallus gallus; ~ didik anak ayam yg tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yg memeliharanya; ~ golek a) (daging) ayam yg dipanggang seekor-seekor; b) sj masakan yg daging ayamnya dimasak seekor-seekor; ~ hitam = ~ selasih ayam yg bulunya ber­bintik-bintik hitam atau kelabu; ~ itik berbagai-bagai jenis ayam dan itik yg di­pelihara (ayam, itik, angsa, dll); ~ jalak ayam jantan yg rupanya spt perling dan kakinya kuning; ~ jantan ayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur); ~ kampung ayam yg di­ternak secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; ~ kasi = ~ kebiri = ~ kem­biri ayam yg dikembiri; ~ katik sj ayam yg kecil; ~ kenantan = ~ cenantan = ~ sinan­tan ayam jantan yg putih; ~ koci sj ayam yg berasal dr Cochin China (Vietnam, Kemboja); ~ lemba ayam yg rendah badannya; ~ mandul ayam betina yg tidak bertelur; ~ mei, Gallicrex cinerea; ~ meluruh ayam yg bulunya sedang luruh (gugur); ~ mutiara , Numida meleagris; ~ panggang daging ayam yg dipanggang; ~ paya, Gallinula chlorophus; ~ pega burung tatera, Lophura ignita rufa; ~ pencen ayam yg tidak bertelur lagi; ~ penelur = ~ telur ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); ~ peranggang = ~ potongan ayam yg dipelihara utk disem­belih; ~ percik ayam panggang yg disaluti sos yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus; ~ pilas ayam jantan yg hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik); ~ piru sj ayam belanda; ~ pupuh ayam aduan (sabungan) yg tidak memakai taji; ~ sabung(an) ayam jantan utk disabung; ~ sebandung ayam kembar yg menetas dr sebutir telur; ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek; ~ sinantan ayam kenantan; ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, spt bola sepak dsb; ~ tedung ayam jantan hitam yg besar dan tegak bulu suanya; ~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan; ~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sen­diri; ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg menderita kesusahan di tempat yg mewah; ~ ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa); ~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupa­nya tiada prb kejahatan yg sulit dan di­ketahui orang tetapi tidak ada bukti yg nyata; ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting pd tempatnya sen­diri; ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan berubah juga; ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kpd mata orang banyak) prb perihal peker­jaan yg dilakukan dgn terang dan nyata dan diketahui orang; ~ tak patuk, itik tak sudu prb dikatakan kpd seseorang yg hina atau se­suatu yg tidak berharga; ~ terlepas, tangan bau tahi prb di­­kata­kan kpd orang yg menger­ja­kan per­buatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu; ~ tidur senang dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg ber­pera­saan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai ~ dimakan tungau prb dikata­kan kpd orang yg kurus dan pucat kerana kena penyakit; bagai ~ mabuk tahi prb di­kata­kan kpd orang yg pucat lesi dan lemah kerana sakit; bagai ~ mengarang (menge­ram) telur prb keelokan merah muka seseorang perempuan; spt ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan; ayam-ayaman 1. ayam tiruan (utk per­mainan); 2. ayam-ayam.Kamus Dewan Edisi Keempat
ayam sabungayam yg dipelihara utk disabung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ayambeberapa jenis binatang (yg bentuk tubuhnya seakan-akan burung tetapi tidak pandai terbang) yg biasanya dipelihara, Gallus gallus. ~ belanda sj ayam yg besar, Meleagris gallopavo. ~ beroga (denak, hutan) sj ayam liar, Gallus bankiva. ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya. ~ bulu balik ayam yg bulunya terbalik. ~ dara ayam betina yg hampir bertelur. ~ katik ayam yg kecil. ~ percik ayam panggang yg disaluti sos atau kuah yg dibuat drpd santan dan rempah-ratus. ~ sabung ayam yg dipelihara utk disabung. ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek. ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan diharapkan dpt membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, mis bola sepak dan bola jaring.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ayam sabung(an)ayam jantan utk disabung;Kamus Dewan Edisi Keempat
sabungadu, laga (ayam, lembu, dll): di gelang-gang ~ terlalu gegak gempita sorak tempik sekalian juara; ~ selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi prb berserah kpd nasib (untung-untungan); biar alah ~ asalkan menang sorak prb biar harta habis asalkan hati puas; bersabung 1. beradu, berlaga (ayam dll), ber-tarungan, berlawan; ~ ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung, ber-langgaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran; ombak ~ ombak berlang-garan; 3. ki bertemu (mata, pandangan): kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit; menyabung 1. mengadu, melaga (ayam): ia asyik dgn ~ dan berjudi saja; 2. ki meng-gadai, mempertaruhkan (nyawa dll): peng-hidupan yg berbahaya itu bererti ~ nyawa; ~ untung a) menyerah pd nasib; b) membawa nasib; sabung-menyabung berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dll): maka ber-bunyilah guruh petir, kilat ~; menyabungkan melagakan, mengadukan, mempertarungkan: beta hendak ~ ayam biring nenek itu; tersabung 1. selesai diadu, sudah diadu; 2. tidak sengaja diadu; ~ akan itik (induk ayam) prb tidak tepat dgn dugaan semula (kecewa); sabungan yg disabung, yg diadu, aduan; ayam ~ ayam laga; spt ayam ~ prb sangat dimanjakan; persabungan 1. perihal bersabung, perlagaan, perlawanan; 2. tempat menyabung, gelang-gang; penyabungan perbuatan menyabung; penyabung orang yg menyabung: maka ~ pun terlalu ramai, bunyi sorak orang pun bergemuruh.Kamus Dewan Edisi Keempat
ayam baculayam sabung yg penakut;Kamus Dewan Edisi Keempat
ayam aduanayam sabung(an);Kamus Dewan Edisi Keempat
sabung; bersabung1 berlaga (bkn ayam); beradu: ayam ~ ayam berlaga.Kamus Pelajar
sabung; bersabung1 membuat supaya ayam berlaga; mengadu (ayam): Ia asyik ~ ayam dan berjudi saja.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas