Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.dur] | سادور

Definisi : lapisan (salutan) logam yg nipis pd logam lain, sepuh;~ elektrik sadur yg dibuat dgn elektrik; ~ timah sadur drpd timah; sbg ~ menimbulkan senam prb kelihatan keadaan yg sebenarnya; bersadur bersalut atau berlapis (logam); menyadur 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah kembali (hasil penyelidikan dll), meng­ikhtisarkan; laksana barang yg disadur prb tidak tahan uji; saduran 1. sesuatu yg disadur (emas dll), sepuhan, lapisan (emas dll); 2. ki cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain: terjemahan berbeza drpd ~; 3. hasil peng-olahan (drpd penyelidikan dll), ikhtisar; penyaduran perbuatan menyadur; penyadur 1. alat utk menyadur; 2. orang yg menyadur (meniru dll): sering kali ~-~ dgn sengaja atau tidak sengaja menyimpang drpd naskhah asalnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.dur] | سادور

Definisi : sabotaj 1 perbuatan merosakkan harta benda atau rancangan pihak lawan dlm masa peperangan, pertelingkahan dsb. 2 usaha yg dilakukan secara sem­bunyi-sembunyi utk menjatuhkan atau merosakkan kegiatan pihak-pi­hak tertentu: Ada sesetengah pihak yg mencuba melakukan ~ terhadap Ba­ha­sa Kebangsaan dgn cara yg halus. men­sabotaj melakukan sabotaj ter­hadap: Projek mereka telah disabotaj oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. pensabotaj orang atau pihak yg men­sabotaj. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sadur (kata nama)
Bersinonim dengan sepuh, lapisan, salutan;,
Kata Terbitan : bersadur, menyadur, saduran, penyaduran, penyadur,

Peribahasa

Laksana barang yang disadur.

Bermaksud :

Tak tahan uji. sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan "skim coat" diterjemah kepada salutansiring/siring sadur?Kami mencadangkan skim coat diterjemahkan sebagai "lapisan nipis" atau "lapisan sementara". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah26.08.2022
bolehkah perkataan "skim coat" di terjemah kepada salutan siring /siring sadur ?Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi skim coat ialah "lapisan nipis" atau "lapisan sementara" bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Lain-lain13.04.2022

Kembali ke atas