Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar bulan yg kedua dlm tahun Hijrah; mandi ~ upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dgn hukum Islam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg kedua dlm tahun HijĀ­rah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata safar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menanyakan ejaan yang betul untuk bulan-bulan kalendar islam contohnya bulan safar.adakah ada satu "safar" atau 2 "saffar"?kalau boleh, untuk semua bulan dalam kalendar islam.

Ejaan yang betul ialah Safar. Untuk menyemak ejaan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari http://prpm.dbp.gov.my.

Ejaan17.03.2010
Tuan, mana satu tulisan yang betul melibatkan M atau H bagi tahun masihi dan hijrah: - 4 Oktober 2021M bersamaan 27 Safar 1443H; - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443; atau - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443HTidak ada format yang standard berkenaan cara penulisan yang melibatkan tahun Masihi (M) dan tahun Hijrah (H). Walau bagaimanapun, dalam memo dan surat, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443 sahaja.Lain-lain04.10.2021
bagaiamakah penggunaan singkatan bagi tahun masihi dan hijri. Adakah 1445 H atau 1445H?Tidak ada format yang standard berkenaan cara penulisan yang melibatkan tahun Masihi (M) dan tahun Hijrah (H). Walau bagaimanapun, dalam memo dan surat, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443 sahaja.Lain-lain12.01.2023
Assalamualaikum berkenaan sebutan dan ejaan nama-nama bulan Islam. Adakah institusi pendidikan di bawah selangor perlu menggunakan ejaan yang Jabatan Mufti Negeri Selangor beri? atau ikut ejaan di dalam kemus dewan? Boleh saya dapatkan jawapan . Sebab saya nak mengajar jadi murid akan confius ejaan yang mana perlu diikuti?

Ejaan bahasa Melayu yang betul bagi bulan Islam ialah Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.

Ejaan28.01.2021

Kembali ke atas