Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar bulan yg kedua dlm tahun Hijrah; mandi ~ upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dgn hukum Islam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg kedua dlm tahun Hij­rah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata safar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAFAR

Safar adalah bulan kedua mengikut Takwim Hijrah.

Nama tersebut mula digunakan sekitar tahun 412

M., iaitu pada zaman Kilab ibn Murrah; datuk Nabi

Muhammad s.a.w. yang kelima. Terdapat beberapa

pandangan tentang asal usul nama Safar. Ada yang

berpendapat bahawa nama Safar diambil daripada

nama sebuah kawasan, iaitu al-Safariyyah. Pendapat

lain pula menyatakan bahawa ia diambil daripada

nama pasar al-Safariyyah yang terletak di selatan

Semenanjung Tanah Arab, iaitu di Yaman. Orang

Arab sering berulang-alik ke pasar tersebut untuk

menjalankan aktiviti perniagaan.

UMUM 
MANDI SAFAR

MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’.

      Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan.

BUDAYAKepercayaan
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 
SAFFAH, ABU AL-ABBAS' AL

Saffah, Abu al-Abbas’ al (104–136 H./ 722–754

M.), khalifah pertama Kerajaan Abbasiyyah dan salah

seorang cerdik pandai Arab. Nama penuhnya ialah

Abdullah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-

Abbas ibn Abdul Muttalib. Dia juga dikenali sebagai

al-Murtadha (orang yang diredai) dan al-Qa’im

(Penegak keadilan). Al-Saffah lahir dan dibesarkan di

al-Syirah (di antara Sham dengan Madinah). Ketika

Ibrahim al-Imam dibunuh, dia dan keluarganya

berpindah ke Kufah pada bulan Safar 132 H./750 M.

Mereka telah bersembunyi selama beberapa minggu

kemudian muncul dengan pengikutnya. Mereka

melantik al-Saffah sebagai khalifah pada 3 Rabiulawal

132 H./750 M., sebagai permulaan Kerajaan

Abbasiyyah. Antara pendukung Kerajaan Abbasiyyah

yang paling menonjol ialah Abu Muslim al-Khurasani.

Walau bagaimanapun, selepas pembunuhan

Marwan ibn Muhammad (khalifah Bani Umaiyyah di

Syam), Abu Muslim dilantik sebagai pemimpin

Khurasan sebagai mengenangkan jasanya.

UMUM 

Kembali ke atas