Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ga] | ساݢ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil), a) Adenanthera pavonina; b) Adenanthera bicolor; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), jering tupai, Pithecellobium ellip-ticum; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), Abrus precatorius; akar ~ molek sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, Lettsomia maingayi; 2. penolong timbangan (emas); spt ~ di atas talam prb kelakuan yg tidak tetap; yg merah ~ yg kurik kundi prb yg indah dan yg baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa; diuji timbang lebih se~ prb perbezaan yg amat kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : cerita rakyat (berdasarkan peristiwa sejarah) yg diceritakan turun-temurun dan mengandungi fantasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (biji buahnya kecil dan berwarna merah), Adenanthera spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : satuan yg beratnya 1/12 mayam dan digunakan utk menyukat berat emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saga (kata nama)
Bersinonim dengan cerita rakyat, cetera, kisah, hikayat, dongeng, novel, karangan, rencana, tambo, peristiwa, babad, sejarah, tawarikh, riwayat.,

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Yang merah saga,
     yang kurik kundi;
yang indah bahasa,
     yang baik budi.

Bermaksud :

Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Saga (novel), Abdul Talib Mohd Hassan, Kuala Lumpur: Penerbitan UtusanMelayu, 1976, 354 halamanRamli IsinDewan Bahasa1 April 1977
Saga: analisa psikologi watak-watakOthman PutehDewan Sastra15 May 1977
Nyuir, Saga, dan Kundi dalam Pantun dan PeribahasaAripin SaidPelita Bahasa1 January 2002
Proton Saga KelabuNorazah OmarRemaja (Bonus Remaja)15 September 1990
Dilema SagaMera SSarina1 October 1985
Proton SagaOmar MamatPelita Bahasa1 February 1995
Novel Saga: pengalaman dan tingkat bahasanya tinggiArbak OthmanMastika1 March 1977
Adik, Aman & Biji SagaNor Raihan Abu BakarPerempuan1 July 1998
Berbanggalah dengan Proton SagaAbd. Fattah Hj. AbdullahDewan Siswa1 January 1986
PantunKurik Kundi Merah SagaPelita Bahasa1 March 2000
12

Kembali ke atas