Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ga] | ساݢ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil), a) Adenanthera pavonina; b) Adenanthera bicolor; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), jering tupai, Pithecellobium ellip-ticum; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), Abrus precatorius; akar ~ molek sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, Lettsomia maingayi; 2. penolong timbangan (emas); spt ~ di atas talam prb kelakuan yg tidak tetap; yg merah ~ yg kurik kundi prb yg indah dan yg baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa; diuji timbang lebih se~ prb perbezaan yg amat kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : cerita rakyat (berdasarkan peristiwa sejarah) yg diceritakan turun-temurun dan mengandungi fantasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (biji buahnya kecil dan berwarna merah), Adenanthera spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : satuan yg beratnya 1/12 mayam dan digunakan utk menyukat berat emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saga (kata nama)
Bersinonim dengan cerita rakyat, cetera, kisah, hikayat, dongeng, novel, karangan, rencana, tambo, peristiwa, babad, sejarah, tawarikh, riwayat.,

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Yang merah saga,
     yang kurik kundi;
yang indah bahasa,
     yang baik budi.

Bermaksud :

Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa maksud siap saga ? Adakah penggunaan istilah siap saga dan berkeboleh pasaran betul dalam ayat ini ? Justeru, saudara saudari perlu bersiap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkeboleh pasaran dan berdaya saing.

Ayat yang betul ialah Oleh sebab itu,  saudara saudari perlu siap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkebolehpasaran dan berdaya saing.

Istilah10.09.2014
Ayat yang manakah betul: 1. Ayah memandu kereta Proton Saga. 2. Ayah memandu Kereta Proton Saga. 3. Abang menyimpan buku di dalam beg Adidas. 4. Abang menyimpan Beg Adidas.

Ayat yang  betul ialah  1. Ayah memandu kereta Proton Saga dan  2. Abang menyimpan buku di dalam beg Adidas.



Tatabahasa08.07.2021
"Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, ..." apakah terjemahan 'kundi' di dalam Bahasa Inggeris?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kundi bermaksud "biji saga yang digunakan untuk menim­bang emas (beratnya 241 mas), kenderi."

Untuk pengetahun puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan.
Makna09.01.2019
Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil.Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil.

Perkataan 'kereta' termasuk dalam kategori kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit maka ditulis dengan huruf kecil.  Untuk maklumat lanjut rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6- Kata Nama.
Tatabahasa15.01.2013
saya ingin bertanyakan pantun di bawah, yang mana tepat yang kurik itu kundi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. atau yang kurik itu kendi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa 'kundi' atau 'kendi' yang mana satu betul...dan tolong beri alasanUngkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.Istilah21.10.2010
ASWT.. Saya ingin memohon huraian secara jelas mengenai pantun di bawah. Pohon maaf juga kalau saya tersalah tempat untuk bertanya. Berbanyak terima kasih. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi.
  1. Yang merah itu saga,
  2. Yang kurik itu kundi,
  3. Yang indah itu bahasa,
  4. Yang molek itu budi.

Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2, dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas.

Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang indah itu bahasa dan yang molek itu budi. Perkataan molek jika dirujuk adalah berkaitan dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi.

Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, penciptanya menegaskan bahawa  biji saga itu berwarna merah   dan jika dikaitan dengan maksud baris pantun ke 3, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Manakala dalam pembayang ke 2 pula pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan maksud pantun dalam baris ke 4 yang menyatakan bahawa yang molek itu budi. Cuba lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.

Begitulah serba ringkas huraian daripada pantun di atas. Sekian, terima kasih. 

 

 

 

Lain-lain06.07.2009
yang kurik itu kendi yang merah itu saga yang baik itu budi yang indah itu bahasa ..betulkan susunan kata dan ejaan pada pantun ini.Yang betul ialah 'Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga'. Harap maklum.Ejaan26.08.2008
Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak. 1. Ali berkenan membeli kereta Proton saga tetapi harganya mahal. 2. Parit yang menjadi punca banjir kilat di kawasan perumahan itu. 3. Bernafaslah dengan teratur maka anda menjadi tenang dan bersedia. 4. Anda boleh beri isyarat kepada doktor sekiranya berasa sakit dan tidak selesa ketika sedang dirawat. Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya. Adakah ayat ini, sama maksud dengan ayat di atas? 1) "Jangan selongkar barang-barang kakak kamu, Aminah," kata ibu. 2) " Aminah, kamu dilarang menyelongkar barang-barang kakak kamu," kata ibu.Ayat 1: Tukar perkataan Proton Saga kepada Proton Saga (Huruf besar di pangkal perkataan kata   nama khas). Ali berkenan membeli kereta Proton Saga tetapi harganya mahal.

Ayat 2: Betul

Ayat 3: Gantikan perkataan "maka anda" menjadi untuk. Bernafaslah dengan teratur untuk menjadi tenang dan bersedia.

Ayat 4: Betul

Ayat 1 dan 2 sama maksud dengan ayat "Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya". 
Tatabahasa24.04.2019
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga...... Kendi dalam ayat tersebut merujuk kepada kendi bekas air atau burung kendi (sejenis burung laut/burung gajah) atau pun sebenarnya KUNDI. Mohon penjelasan, terima kasihUngkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.Lain-lain15.04.2012
1)Ibu memandu kereta (pergi ke) pejabat. 2)Ibu memandu kereta( ke) pejabat. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima? -------------------------------------------- a)Ibu memandu kereta Proton. b)Ibu memandu Proton Saga. c)Ibu memandu kereta Proton Saga. d) Ibu memandu kereta buatan Malaysia. Adakah kesemua ayat ini betul? Terima kasih.Kesemua ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa10.10.2013
12345

Kembali ke atas