Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ga] | ساݢ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil), a) Adenanthera pavonina; b) Adenanthera bicolor; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), jering tupai, Pithecellobium ellip-ticum; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), Abrus precatorius; akar ~ molek sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, Lettsomia maingayi; 2. penolong timbangan (emas); spt ~ di atas talam prb kelakuan yg tidak tetap; yg merah ~ yg kurik kundi prb yg indah dan yg baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa; diuji timbang lebih se~ prb perbezaan yg amat kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : cerita rakyat (berdasarkan peristiwa sejarah) yg diceritakan turun-temurun dan mengandungi fantasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (biji buahnya kecil dan berwarna merah), Adenanthera spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : satuan yg beratnya 1/12 mayam dan digunakan utk menyukat berat emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saga (kata nama)
Bersinonim dengan cerita rakyat, cetera, kisah, hikayat, dongeng, novel, karangan, rencana, tambo, peristiwa, babad, sejarah, tawarikh, riwayat.,

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Yang merah saga,
     yang kurik kundi;
yang indah bahasa,
     yang baik budi.

Bermaksud :

Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tanah Saga-SagaAz Ibrahim MohamadHarian Ekspress17.12.1984
Saga lebih baik dari Srengenge?Marwilis Hj YusofUtusan Malaysia22.01.1977
'Saga' lahir bagaikan anak sulungAhmad Hj YusufMingguan Malaysia16.01.1977
Saga sebuah keluargaAbd. Wahab HamzahUtusan Malaysia22.06.1995
Saga Dua: watak begitu menarikJais SahokBerita Harian21.03.1994
Saga: novel Melayu pertama bernilai $12,000Ilias ZaidiUtusan Zaman13.07.1980
Hardship saga of Felda pioneersAzman AhmadNew Straits Times19.10.2006
Proton Saga kebanggaan negaraTiadaUtusan Zaman12.01.1986
Proton SagaTiadaUtusan Zaman10.11.1985
Mencari saga perkataan 'so long, babe'T. S. LanangBerita Harian30.04.1991
1234

Kembali ke atas