Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ga] | ساݢ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil), a) Adenanthera pavonina; b) Adenanthera bicolor; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), jering tupai, Pithecellobium ellip-ticum; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), Abrus precatorius; akar ~ molek sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, Lettsomia maingayi; 2. penolong timbangan (emas); spt ~ di atas talam prb kelakuan yg tidak tetap; yg merah ~ yg kurik kundi prb yg indah dan yg baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa; diuji timbang lebih se~ prb perbezaan yg amat kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : cerita rakyat (berdasarkan peristiwa sejarah) yg diceritakan turun-temurun dan mengandungi fantasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (biji buahnya kecil dan berwarna merah), Adenanthera spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ga] | ساݢ

Definisi : satuan yg beratnya 1/12 mayam dan digunakan utk menyukat berat emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saga (kata nama)
Bersinonim dengan cerita rakyat, cetera, kisah, hikayat, dongeng, novel, karangan, rencana, tambo, peristiwa, babad, sejarah, tawarikh, riwayat.,

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Yang merah saga,
     yang kurik kundi;
yang indah bahasa,
     yang baik budi.

Bermaksud :

Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sagasagaKesusasteraanTiadaKisah legenda yang panjang tentang salasilah raja yang hebat, pahlawan, dan sesebuah keluarga. Saga sering disampaikan secara lisan tetapi mula dirakamkan secara bertulis pada abad ke-12. Saga sering dikaitkan dengan cerita dari Iceland dan negara Scandinavia. Saga mengandungi ciri-ciri ghaib, watak mitos atau watak yang berdarjat tinggi. Pada masa sekarang, istilah saga digunakan untuk merujuk kepada mana-mana legenda atau kisah yang melibatkan pengalaman dan kejayaan yang cemerlang dan menakjubkan. Contoh saga dari Scandinavia ialah Heimskrigla Saga yang menceritakan Raja Norway yang awal. Contoh dalam kesusasteraan Melayu ialah Silsilah Melayu dan Bugis yang meriwayatkan pengembaraan dan kehebatan wira-wira Bugis. Dalam sastera Arab, saga terdapat dalam trilogi Najib Mahfuz yang tersohor berjudul Bayn al-Qasrayn, Qasr al-Sharq, dan al-Sukkariyah.
sagasagaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Adenanthera spp. dan Ormosia spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah keranji lotong. Spesies utamanya ialah Adenanthera pavonina dan Ormosia bancana. Gubal kayu Adenanthera spp. berwarna kuning jerami, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan, sementara gubal kayu Ormosia spp. berwarna kuning coklat muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kelabu coklat atau coklat. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana terdapat banyak parenkima. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 815 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu saga sesuai untuk perabot dan lantai.
saga keneringsaga keneringKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok saga kenering.
sagahikayat; sagaKesusasteraanTiadaHikayat - Hasil kesusasteraan yang dicipta tanpa diketahui nama pengarang dan tarikhnya, yang mengandungi kesaktian, keberanian dan kegagahan wira yang luar biasa serta unsur magis.
sagahikayat; sagaKesusasteraanTiadaTiada
saga novelnovel sagaKesusasteraanTiadaBentuk prosa yang menceritakan tentang lagenda dan sejarah perjuangan wira yang menjadi ahli dalam sebuah keluarga penting yang berasal dari Iceland dan Scandinavia.
saga (Adenanthera pavonina)saga (Adenanthera pavonina)PertanianTiadaTiada
brilliant red writingtulis merah sagaKomunikasiTiadaTiada
susuputsusuputKesenianTiadaAlat seakan-akan jarum digunakan untuk melubangkan rotan saga, dikenali juga sebagai penggerek.
value contrastbandingan nilaiLandskapTiadaPerbezaan antara dua atau lebih darjah kecerahan sesuatu warna dalam menentukan beberapa jenis warna, tumbuhan atau bunga yang berlainan warna dalam gubahan landskap. Contohnya, warna merah, merah hati, merah saga, merah jambu dan merah muda.
12

Kembali ke atas