Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) wang dll yg diberikan sbg ganti rugi: kerajaan telah membayar ~ hati kpd tuan-tuan tanah yg membenarkan kerajaan membina jalan raya di atas tanah mereka; b) ganjaran sbg penghargaan: selama Din bekerja ini, pernahkah menerima bonus atau ~ hati drpd syarikat?; hadiah ~ hati hadiah yg diberikan kpd orang yg tidak menang (sbg penghargaan dlm sukan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. wang dsb yg diberikan sbg ganti rugi. b. wang dsb yg diberikan sbg menghargai jasa atau tenaga seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sagu
Kata Terbitan : sagu hati,

Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
honorariumhonorariumPerubatanTiadaBayaran sagu hati atau ganjaran untuk menggantikan bayaran profesional.
المتعةmut‘ah/pemberianAgama IslamFiqhSagu hati yang diberikan kepada isteri yang dicerai.
honorariumbayaran kehormatKomunikasiTiadaWang yang diberi kepada seseorang sebagai sagu hati dan penghormatan atas sumbangan yang diberikan. Bayaran ini tidak boleh dianggap sebagai upah.
tangible rein-forcementpengukuhan ketaraSains KesihatanTiadaPemberian sesuatu sebagai galakan seperti memberi sagu hati.

Kembali ke atas