Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sah]/[sah] | صح

Definisi : 1. lulus pd sisi undang-undang (adat, hukum, dll), lwn batal (puasa, sembahyang, dll): sudah berkali-kali ia meminta menjadi isteri yg ~; sembahyangnya tidak ~ kerana ia tidak ber-suci; 2. benar, pasti, nyata: jikalau ~ awan mengandung hujan, habislah basah gerangan nenek; khabar yg ~ khabar yg benar; mengesahkan 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan; kesahan perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam telah menjadikan per-setujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~ sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan; pengesahan perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; pengesah sesuatu (orang dsb) yg mengesah-kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sah]/[sah] | صح

Definisi : 1 tidak salah dr segi undang-undang dll; dibenarkan atau dilulus­kan oleh undang-undang dll: Resit ini tidak ~ kerana tidak bersetem. 2 sempurna perbuatannya kerana me­nurut hukum atau syarat-syaratnya; tidak batal: Kalau meneguk air dgn sengaja, walaupun seti­tik, tidak ~lah puasanya. 3 tidak salah lagi; benar; nyata: Khabar yg diceritakannya itu memang ~. mengesahkan menjadikan atau mengakui sah; membenarkan: Pihak polis telah ~ penangkapan dua orang tokoh politik itu. pengesahan perbuatan atau hal mengesahkan; pe­nga­kuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,

Peribahasa

Bergantung tidak bertali.

Bermaksud :

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sah kertas bahasa Malaysia II bocorTiadaUtusan Malaysia10.11.1989
SahMarsli N. OMingguan Watan15.12.1996
SahMarsli N. OMingguan Watan22.12.1996
Sah Nik Safiah dilantik timbalan ketua pengarah Dewan BahasaTiadaUtusan Melayu26.01.1989
Sah: Kassim tidak wakili Umno piliharaya iniZaini HassanWatan14.12.1985
Sah Firdaus KP DBPAkhbar:  Utusan Melayu10.04.2005
Sah Perkhidmatan: Syarat Bahasa malaysia dialonggarkanAkhbar:  Utusan Melayu20.09.1986
IPSI sah menjadi universiti perguruan pertamaTiadaUtusan Melayu17.08.1996
Mar..Sah!.Mat!Pak Pandir ModenUtusan Malaysia09.05.1974
UM sah lantik pensyarah plagiatTiadaBerita Harian18.02.1994
12345

Kembali ke atas