Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sah]/[sah] | صح

Definisi : 1. lulus pd sisi undang-undang (adat, hukum, dll), lwn batal (puasa, sembahyang, dll): sudah berkali-kali ia meminta menjadi isteri yg ~; sembahyangnya tidak ~ kerana ia tidak ber-suci; 2. benar, pasti, nyata: jikalau ~ awan mengandung hujan, habislah basah gerangan nenek; khabar yg ~ khabar yg benar; mengesahkan 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan; kesahan perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam telah menjadikan per-setujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~ sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan; pengesahan perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; pengesah sesuatu (orang dsb) yg mengesah-kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sah]/[sah] | صح

Definisi : 1 tidak salah dr segi undang-undang dll; dibenarkan atau dilulus­kan oleh undang-undang dll: Resit ini tidak ~ kerana tidak bersetem. 2 sempurna perbuatannya kerana me­nurut hukum atau syarat-syaratnya; tidak batal: Kalau meneguk air dgn sengaja, walaupun seti­tik, tidak ~lah puasanya. 3 tidak salah lagi; benar; nyata: Khabar yg diceritakannya itu memang ~. mengesahkan menjadikan atau mengakui sah; membenarkan: Pihak polis telah ~ penangkapan dua orang tokoh politik itu. pengesahan perbuatan atau hal mengesahkan; pe­nga­kuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,

Peribahasa

Bergantung tidak bertali.

Bermaksud :

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
validitykesahanMatematikTiadaSifat pada sesuatu hujah yang sama ada sah atau tidak sah. Sesuatu hujah dikatakan sah sekiranya apabila premisnya benar, kesimpulannya benar juga. Sesuatu hujah tidak sah sekiranya wujud situasi premis benar tetapi kesimpulan palsu. Lihat juga hujah.
legal separationperasingan sah; perpisahan sahKependudukanTiadaTiada
legitimate governmentkerajaan sah/pemerintahan sahSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
الزواج الباطلnikah batilAgama IslamFiqhPerkahwinan yang tidak sah kerana tidak melengkapi rukun dan syarat. Mengikut pendapat Syafi’iyah nikah ini tidak sah tetapi sah mengikut pendapat Hanafiyah.
legitimate meanscara sahUndang-undangUndang-undang AntarabangsaCara yang menurut peruntukan undang-undang dan peraturan. Sesuatu norma atau susunan sesuatu institusi diterima sebagai sah jika ia mendapat kelulusan daripada sesuatu komuniti. Cara sah sering dikaitkan dengan demokrasi, keadilan atau pentadbiran yang baik. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, cara sah adalah apabila sesebuah komuniti, seperti mana-mana kesatuan serantau misalnya Kesatuan Eropah atau ASEAN menerima sesuatu amalan itu sebagai sesuatu yang sah. Contohnya, suatu perjanjian yang menetapkan sekiranya terdapat persengketaan antara pihak yang terlibat berkaitan maksud peruntukan dalam sesuatu perjanjian, maka pihak-pihak bersengketa tersebut hendaklah membawa persengketaan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk diselesaikan. Dalam hal ini, sekiranya kedua-dua pihak bersengketa membawa kes berkenaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, maka hal itu bererti mereka telah menggunakan cara sah untuk menyelesaikan persengketaan. Sebaliknya, sekiranya salah satu pihak bersengketa tersebut menggunakan kekerasan terhadap pihak yang satu lagi untuk mempertahankan pendiriannya, maka hal itu bererti pihak tersebut telah menggunakan cara tidak sah untuk menyelesaikan persengketaan.
legal tendersah diperlakukan; wang sahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
legal tendersah diperlakukan; wang sahEkonomiTiadaTiada
legal tendersah diperlakukan; wang sahPentadbiranTiadaTiada
legal tendersah diperlakukan; wang sahUndang-undangTiadaTiada
severability of decisionkebolehasingan keputusanUndang-undangTiadaPrinsip yang menyatakan bahawa mana-mana bahagian keputusan yang tidak sah boleh diasingkan daripada bahagian yang sah supaya bahagian yang sah itu dapat dilaksanakan.
12345678910...

Kembali ke atas