Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ha.bat] | صحابت

Definisi : 1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi; ~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan su­paya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ha.bat] | صحابت

Definisi : orang yg dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dgnnya; kawan; teman: Drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~. ~ karib kawan yg rapat sekali. ~ handai semua kawan. ~ Nabi orang yg rapat dgn Nabi; pembantu Nabi yg setia. bersahabat berkenalan serta berbaik-baik; berkawan: Jangan ~ dgn orang jahat. persahabatan hal atau perbuatan bersahabat; perhubungan sbg sahabat: ~ kami menjadi semakin erat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahabat (kata nama)
1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut,
Berantonim dengan ketua

Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan,

Puisi
 

Tanam ubi di tepi tebat,
     Orang menjala di Kampung Ulu;
Hidup mati bersama sahabat,
     Sahabat setia menudung malu.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Nasi habis budi bersua.

Bermaksud :

Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prolegomenonmukadimahKesusasteraanTiadaPendahuluan atau permulaan kata di dalam sesuatu penulisan. Contohnya: Sejarah Melayu memuatkan puji-pujian kepada Allah, Rasul, sahabat-sahabat nabi, raja, nama pengarang dan judul teks sewaktu karya itu dihasilkan.
المرسل الصحابيmursal sahabatAgama IslamHadithḤadīth yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang tidak menerima secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. sebaliknya diterima daripada sahabat yang lain yang tidak disebutnya.
الصحابىsahabat NabiAgama IslamHadithSeseorang yang bertemu dengan Nabi s.a.w. dan beriman dengannya serta mati dalam iman.
next friendsahabat wakilUndang-undangTiadaTiada
buddy systemsistem sahabatPentadbiranTiadaSistem suai kenal yang melibatkan pekerja berpengalaman membimbing dan memperkenalkan pekerja baru kepada persekitaran tempat kerja dan rakam sekerja.
running matecalon timbalan; sahabat karibSejarahTiadaTiada
pragmatismpragmatismeKesusasteraanPuisiPuisi yang menekankan pentingnya kesan dan nilai-nilai praktis. Puisi ini menggambarkan tentang persahabatan dalam pergaulan yang akan memberi nilai-nilai hidup yang berguna. Contohnya, puisi "Sahabat" karya Rahman Shaari. Kini di sini aku berdiri dengan kaki peribadi sendiri pertcmuan singkat denganmu, sahabat menghadiahkan padaku makna hakikat.
العبادلة‘AbādilahAgama IslamHadithSahabat Nabi yang namanya dimulai dengan Abdullah, iaitu Abdullah Ibn Abbās, Abdullah Ibn Umar al-Khaṭṭāb dan Abdullah Ibn ‘Amr Ibn al-‘As. Ada juga ulama yang memasukkan yang keempatnya sama ada Abdullah Ibn al-Zubir atau Abdullah Ibn Mas’ūd.
السلفulama salafAgama IslamHadithGelaran yang diberi kepada generasi sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in.
موقوف تقريريmawqūf taqrīriyAgama IslamHadithPengakuan yang diriwayatkan daripada sahabat.
1234

Kembali ke atas