Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.hih]/[sa.hih] | صحيح

Definisi : pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima): rasa-rasa tu kenal juga, tapi tak ~; diterima sbg bukti yg ~; mensahihkan mengakui sahih, menjadikan sahih, memastikan; kesahihan perihal sahih (benar, pasti, sah): mereka harus bersedia menguji ~ semua rumusan dan pendapat mereka; ketidaksahihan perihal atau keadaan tidak sahih; pensahihan perihal mensahihkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.hih]/[sa.hih] | صحيح

Definisi : tidak salah lagi; benar; sah. men­sahihkan mengakui sahih. ke­sahihan hal atau keadaan sahih: Tiada sesiapa pun yg dpt menidakkan ~ hadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahih (adjektif)
Bersinonim dengan pasti, benar, sah, diakui, sungguh, tahkik, memang, betul, diterima, terang, nyata, sabit, sudah tetap, terang, tentu, muktamad, asi, isbat, pentan, sidi, absah, sengoti, si, sih, jola;,
Kata Terbitan : kesahihan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الصحيحانdua kitab ṣaḥīḥAgama IslamHadithṢaḥīḥ Bukhariy dan Ṣaḥīḥ Muslim.
حسن الصحيحḤadīth ḥasan ṣaḥīḥAgama IslamHadith1. Ḥadīth yang mempunyai lebih daripada satu sanad, di antaranya ḥasan atau ṣaḥīḥ. 2. Ḥadīth yang mempunyai dua sanad, ḥasan dan ṣaḥīḥ.
authoritative editionedisi sahihPerpustakaanTiadaTeks sahih yang terakhir daripada karya-karya lengkap yang telah disahkan mengikut apa yang diharapkan oleh pengarang.
authoritativesahihSejarahTiadaSesuatu yang bersifat benar dan sahih kerana berasal dari sumber yang boleh dipercayai.
صحيح غريبṣaḥīḥ gharībAgama IslamHadithḤadīth gharīb sanadnya ṣaḥīḥ.
صحيح الاسنادsanad ṣaḥīḥAgama IslamHadithḤadīth yang sanadnya ṣaḥīḥ.
authoritativesahih/autoritatifPentadbiranPentadbiran Awam

Sifat sesuatu sumber atau perkara yang diakui ketepatan, kebenaran atau kepastiannya. Dalam konteks pentadbiran awam, autoritatif berkait rapat dengan sesuatu peraturan, keputusan, tindakan, maklumat atau perintah. Contohnya, keputusan yang sahih adalah keputusan yang dibuat melalui mesyuarat atau arahan pihak atasan secara bertulis. Tindakan yang sahih pula ialah tindakan yang dibuat berdasarkan arahan dan undang-undang.

صحيح لغيرهṣaḥīḥ lighayrihiAgama IslamHadithḤadīth ḥasan lidhātihi yang ditingkatkan ke darjat ṣaḥīḥ melalui sanad yang lain yang sama atau lebih kuat.
real gasgas sahihKimiaTiadaGas yang tidak menunjukkan gas ini gas unggul. Molekul gas ini mempunyai saiz yang tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya. Misalnya, CO2, dan NH3. Gas sahih mematuhi hukum gas pada tekanan rendah dan suhu tinggi. Bgd. gas unggul. Sin gas tak sempurna.
‘aqd sahihakad sahPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh dua pihak yang sempurna rukun dan syaratnya. Contohnya, akad jual beli harta yang dibenarkan oleh syarak dan sah pemilikan harta dengan bayaran.
1234567

Kembali ke atas