Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sah.siah]/[syakh.siah] | شخصية

Definisi : Ar keperibadian, peribadi: yg utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sbg insan yg terpuji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sahsiah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan peribadi, keperibadian, perwatakan, personaliti, pembawaan, keoknuman.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan sahsiah islamiah dalam jawi


 Berikut ejaan sahsiah ilmiah dalam tulisan jawi.

شخصية = sahsiah

إسلامية= islamiah

Ejaan06.11.2013
apakah maksud sahsiah,ciri-cirinyadan kepentingannya kepada sesuatu bangsa?Sahsiah mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 bermaksud "keperibadian atau peribadi. Saudara boleh merujuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau IPT untuk mengetahui tentang ciri-ciri dan kepentingannya.Makna18.07.2007
Maksud 'Sahsiah'
  • Salam. Menurut Kamus dewan Edisi ke 4, sahsiah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud keperibadian, peribadi: Contoh penggunaan: yg utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sbg insan yg terpuji. Sekian.
Lain-lain21.12.2008
Difinisi: 1. Kualiti 2. Pendidik 3. Pendidikan 4. Dedikasi 5. Sahsiah.Kualiti ialah darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu. Pendidik bermakna orang yg mendidik, guru. Pendidikan ialah perihal mendidik. Dedikasi bermakna pengabdian diri, masa. Sahsiah keperibadian, peribadi. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna20.09.2008
1.apakah alasan kesalahan bagi ayat pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan sahsiah murid kepada semua guru dalam mesyuarat di minggu hadapanAyat yang betul ialah Pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan sahsiah murid dengan semua guru dalam mesyuarat yang akan diadakan pada minggu depan.Tatabahasa15.02.2010
Soalan: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberi. Ayat yang diberi : Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku seseorang individu. Pilihan jawapan : 1 - Sesebuah keluarga berperanan penting untuk membentuk tingkah laku anak-anak mereka. 2 - Tingkh laku dan sahsiah seseorang individu dapat dibentuk menerusi institusi kekeluargaan.kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang telah diberi.Tatabahasa28.08.2007
Berikan senarai ciri-ciri sahsiah terbaik yang perlu ada pada pelajar dalam proses penilaian kokurikulum dijalankanSila berhubung dengan Jabatan Sekolah atau Bahagian Naziran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkara ini. Lain-lain06.07.2008
Saya nak buat satu moto surau, adakah betul "JEMAAH TEGUH, SAHSIAH UTUH"moto yang hendak digunakan adalah betul.Makna07.02.2019
Apakah langkah-langkah mengatasi masalah bahasa? (seperti bahasa rojak)Penggunaan bahasa yang baik dan santun hanya dapat dibudayakan melalui pendidikan. Semua pihak perlu menjadikan pendidikan sbg wadah utk membina sahsiah generasi kita termasuk dalam soal penggunaan bahasa kecintaan kepada bahasa warisan bangsa. Kedua, penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib untuk memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pd papan tandam nama jaln, tempat banguna dsb. Dalam bidang penyiaran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mesti dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swaasta dan kerajaan. Untuk maklumat lanjut silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Makna09.10.2006
Assalamualikum tuan/puan. Saya ingin bertanya maksud "kemenjadian" Terima kasih.

Takrif dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi kemenjadian adalah seperti yang berikut:

 

hal berhasil atau berjaya: Kemenjadian murid dilihat melalui tiga aspek, iaitu akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Lain-lain06.07.2021
12

Kembali ke atas