Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sah.siah]/[syakh.siah] | شخصية

Definisi : Ar keperibadian, peribadi: yg utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sbg insan yg terpuji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sahsiah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan peribadi, keperibadian, perwatakan, personaliti, pembawaan, keoknuman.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
personality profileprofil sahsiahPendidikanTiadaSahsiah individu yang dipisahkan kepada beberapa aspek atau faktor dan digambarkan dalam bentuk grafik.
personality scaleskala sahsiahPendidikanTiadaSkala pemeringkatan ujian inventori atau ujian projektif untuk mengukur beberapa aspek sahsiah luaran dan dalaman.
personalitypersonalitiPerubatanTiadaSahsiah, iaitu keseluruhan tindak balas seseorang terhadap sekitarannya, yang mencakupi aspek mental, seperti perangai dan emosi, tetapi tidak termasuk kecerdasan inteleknya. Sahsiah ini membezakan seseorang individu dengan yang lain.
school tonesahsiah sekolahPendidikanTiadaTiada
nuclear personalitysahsiah asasSejarahTiadaTiada
wholesome (of personality)seimbang (sahsiah)PendidikanTiadaTiada
teacher-related affectafek kaitan guruPendidikanTiada

 Sifat, nilai, minat atau kegemaran yang ditunjukkan oleh pelajar terhadap sahsiah guru dan pengajaran.

self-managementpengurusan kendiriPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah, kemahiran dan strategi yang ada pada individu dalam pelaksanaan aktiviti tertentu untuk mencapai matlamat atau tujuan yang ditetapkan. Pengurusan kendiri merupakan salah satu daripada faktor utama yang mempengaruhi peningkatan jati diri, sahsiah, integriti, profesionalisme dan kecekapan. Antara kaedah atau cara pengurusan yang diamalkan termasuklah penetapan matlamat, perancangan, penjadualan, penilaian diri, campur tangan, kemajuan diri, dan sebagainya. Pengurusan kendiri yang sempurna dipercayai dapat membantu seseorang individu memantapkan lagi daya fikir dan kemahiran yang sedia ada. Biasanya, dalam sesebuah organisasi, kaedah ini dijadikan sebagai salah satu daripada penekanan dalam program latihan dan pembangunan kakitangan.

shi�r ?l -?ij?�shi�r ?l -?ij?�KesusasteraanTiadaPuisi Arab yang mengandungi unsur sindir cerca. Shi�r ?l-hij?� berpunca daripada budaya kehidupan kabilah Arab yang suka mengangkat kedudukan kabilah masing-masing dan merendah-rendahkan pihak lawan. Mengikut tradisi Arab Jahiliah shi�r ?l -?ij?� merupakan genre yang popular. Shi�r ?l -?ij?� boleh dilihat dari sudut keturunan dan sudut sahsiah atau peribadi. Pada zaman Jahiliah, tidak ada kabilah atau individu yang dapat mengelakkan diri daripada disindir dengan Shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-hij?� sering disalahgunakan oleh beberapa penyair Jahiliah seperti al-Hutay�ah kerana menghasilkan puisi cercaan yang keterlaluan. Antara penyair Shi�r ?l-hij?� ialah Jarir dan Farazdaq (zaman Abbasiah). Lihat juga shi�r ?l-f?khr, shi�r ?l-??m?s?h, shi�r ?l-m?d?.

Kembali ke atas