Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saidina


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAIDINA ATAU SAYIDINA ? Mohon penjelasan dari pihak DBPEjaan yang tepat ialah SAYIDINA yang bermaksud tuan kami (biasanya panggilan untuk Nabi Muhammad SAW serta khalifah-khalifah Ar-Rasyidin).Ejaan24.03.2017
Assalamualaikum...salam sejahtera... Saya nak bertanya...perbezaan ejaan saidina dengan saiyidina...contoh...saidina ali. Soalan 2 Maksud mengawal selia... Maksud mengawasi.... Terima kasih.Alaikumussalam.
Ejaan yang tepat ialah "sayidina"

Mengawal selia berasal daripada perkataan kawal selia yang bermaksud: tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan.

Mengawasi pula bermaksud: memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat;
Ejaan11.11.2014
Salam, apakah ejaan sebenar "saidina" dan maksudnya?Ejaan yang betul ialah sayidina, iaitu perkataan Arab yang bermaksud tuan kami (biasanya panggilan untuk Nabi Muhammad SAW serta khalifah-khalifah Ar-Rasyidin.Ejaan27.03.2012
antara perkataan berikut yang mana betul? hadis @ hadith? redha @ reda? Mekah @ Makkah? saidina@sayidina?JAWAPAN BETUL HADIS, REDA, SAYIDINA, MEKAH @ MAKKAH-KEDUA-DUANYA BOLEH DIGUNAKAN.Ejaan09.08.2012

Kembali ke atas