Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sains bumi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
geologi(géologi) sains tentang asal usul, sejarah, struktur, dan komposisi bumi, kaji bumi.Kamus Dewan Edisi Keempat
geografi/géografi/ sains ttg permukaan bumi, keadaan fizikalnya, iklim, kependudukan, keluaran dll: Pentingnya Tanah Melayu dr segi ~ dan ekonomi telah dirasakan sejak kurun pertama Masihi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
geografi/géografi/ sains ttg permukaan bumi, keadaan fizikalnya, iklim, kependudukan, keluaran dll: Pentingnya Tanah Melayu dr segi ~ dan ekonomi telah dirasakan sejak kurun pertama Masihi.Kamus Pelajar
geosains(géosains) sains yg berkaitan dgn bumi, spt geokimia, geologi dan geodesi.Kamus Dewan Edisi Keempat
geokimia(géokimia) sains yg mengkaji komposisi kerak bumi dan perubahan kimia yg dialaminya.Kamus Dewan Edisi Keempat
hidrologisains bkn sifat, agihan, dan edaran air di bumi dan atmosfera.Kamus Dewan Edisi Keempat
geografi(géografi) sains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan, dan gerak balas manusia terhadapnya, ilmu alam.Kamus Dewan Edisi Keempat
ahli I1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepe­nuh­nya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mem­punyai hak bersuara dan hak dipilih utk meme­gang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi ang­gota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden.Kamus Dewan Edisi Keempat
tarik; ~ tali acara atau pertandingan mengadu tenaga dgn menghela tali. bertarik-tarikan saling menghela ke arah diri sendiri: ~ tali mengadu tenaga dgn menghela tali. menarik 1 menghela sesuatu supaya bergerak ke arah diri sendiri (supaya keluar, tercabut dll): Kepala kereta api itu dpt ~ tiga puluh tan arang batu mendaki bukit dgn kederasan empat batu sejam. 2 = ~ hati memikat atau menawan hati: Tempat itu indah dan ~. 3 ki menyedut; menghisap. ~ beca mengayuh beca. ~ diri meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. ~ layar menaikkan layar. ~ muka masam menunjukkan muka yg masam. ~ nafas menyedut udara. tarik-menarik saling menarik. tertarik 1 sudah atau dpt ditarik. 2 berasa suka akan sesuatu; terpikat atau tertawan oleh: Sejak kecil lagi, dia sudah ~ kpd ilmu sains. tarikan 1 sesuatu yg ditarik. 2 daya yg menarik: ~ bumi daya atau kuasa yg menarik sesuatu ke arah pusat bumi; graviti. penarikan perihal atau perbuatan menarik. penarik orang atau sesuatu yg menarik: ~ beca; binatang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
imbang Itimbang, tidak berat sebelah; roda ~ roda yg meneruskan dan melicinkan per­jalanan enjin; seimbang 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; berseimbang setimbang, sepadan, sebanding; berseimbangan sama imbangannya (antara satu sama lain); menyeimbangkan menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi; keseimbangan keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains; ketidakseimbangan perihal (keadaan) tidak seimbang: ~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dlm masyarakat; ~ dlm soal pencapaian mutu pelajaran; masalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini; perseimbangan perihal berseimbang; imbang-imbangan hampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dll); berimbang 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; mengimbangi 1. menjadi sbg imbangan kpd: banyaknya gula ~ pahit kopi yg pekat; 2. menandingi, melawani: tungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yg amat sangat itu; 3. membalas (budi, cinta, dll): kebaikan diimbangi dgn kebaikan; mengimbangkan, memperimbangkan menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira; imbangan 1. keadaan yg seimbang: bacaan yg baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yg berat dgn yg ringan; 2. bandingan, timbangan: pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia; keimbangan keadaan berimbang; perimbangan persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak, dll): peperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yg dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yg besar; pengimbangan perihal atau perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan: ~ duga dilakukan utk mengetahui betul atau tidak kira-kira kita; pengimbang 1. (alat dll) yg mengimbangi, yg dipakai utk mengimbangi; 2. (Kej) perkakas utk mengatur kemasukan wap dlm enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas