Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sains bumi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
earth sciencesains bumiGeografiTiadaTiada
earth’s magnetismkemagnetan bumi/magnetisme bumiFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanSuatu cabang ilmu sains mengenai kemagnetan bumi dan perubahannya.
air-earth conduction currentarus konduksi udara-bumiSainsHidrometeorologiBahagian arus udara-bumi yang disebabkan oleh konduksi elektrik atmosfera itu sendiri. Arus ini diwakili oleh gerakan (ke bawah) cas positif ruang di kawasan bebas ribut-petir di seluruh dunia. Arus konduksi merupakan bahagian terbesar arus udara-bumi dan jauh melebihi sumbangan arus kerpasan dan arus olakan. Magnitudnya lebih kurang lebih kurang 3 x 10-16 amp/cm2, atau lebih kurang 1800 ampere, bagi seluruh bumi. Cerapan variasi menegak arus konduksi yang telah dilakukan menunjukkan bahawa arus konduksi udara-bumi adalah lebih kurang seragam di seluruh troposfera, satu keadaan yang selaras dengan pandangan yang lazimnya diterima, iaitu aliran arus konduksi dari suatu kawasan konduksi bercas positif di bahagian bawah ionosfera ke bumi yang bercas negatif. Hanya di kawasan yang cuacanya terganggu sementara arus konduksi digantikan oleh aliran terbalik. Bukti yang terkumpul menunjukkan bahawa arus konduksi terus wujud hanya kerana akibat ribut petir di sekitar bumi pada setiap masa yang membekalkan cas positif ke ionosfera dan cas negatif ke bumi.
ground clusterselerakan bumiSainsHidrometeorologiPola gema radar dari sasaran bumi tertentu yang berhampiran radar. Selerakan jenis ini cenderung menyembunyikan atau mengelirukan gema yang dikembalikan dari sasaran bergerak atau kerpasan yang berhampiran. Selerakan bumi boleh bertambah dengan banyaknya dalam keadaan adipembiasan. Peninggian antena atas dari ufuk akan mengurangkan liputan selerakan bumi.
cloud-to-ground dischargeluahan awan ke-bumiSainsHidrometeorologiLuahan kilat yang terjadi di antara pusat cas (selalunya negatif) di dalam awan dengan pusat yang berlawanan di bumi. Luahan awan ke bumi selalunya merupakan kilat gabungan, iaitu ia terdiri daripada beberapa panah kilat yang nyata, semuanya menggunakan saluran yang hampir sama dan satu per satu pada sela beberapa per seratus saat.
effective terrestrial radiationsinaran bumi efektifSainsHidrometeorologiPerbezaan antara sinaran bumi inframerah yang keluar dari permukaan bumi dan sinaran balas inframerah yang masuk dari atmosfera. Perbezaan ini merupakan kuantiti positif yang bernilai beberapa perpuluhan langley (satu gram-kalori per sentimeter persegi) per minit pada keseluruhan hari (kecuali dalam keadaan awan mendung rendah). Maksimum harian biasanya terdapat pada waktu tengah hari apabila suhu tanih tinggi dan mengakibatkan kadar keluaran sinaran bumi yang tinggi. (Oleh itu, sinonimnya sinaran malam mudah menimbulkan kekeliruan). Akan tetapi, pada waktu siang, sinaran bumi efektif umumnya jauh berkurangan daripada penyuriaan manakala pada waktu malam, sinaran bumi efektif jauh lebih banyak daripada yang lain dalam imbangan tenaga permukaan bumi. Istilah ini juga dikenali sebagai sinaran malam atau sinaran efektif.
terrestrial radiationsinaran bumiSainsHidrometeorologiSinaran yang dipancar oleh bumi dan atmosfera dalam jangka suhu hampiran 200-300 K. Sinaran ini terbatas dalam lingkungan kepanjangan gelombang 3 � 100 Oleh sebab bumi merupakan pemancar sempurna, sinaran dari permukaannya berubah hampir selaras mengikut hukum Stefan-Boltzmann, iaitu berkadar terus dengan kuasa empat suhu mutlak permukaan.
air-earth currentarus udara-bumiSainsHidrometeorologiPemindahan cas elektrik dari atmosfera yang bercas positif ke bumi yang bercas negatif. Arus ini terdiri daripada arus konduksi udara-bumi, arus kerpasan, arus olakan dan pelbagai arus kecil. Sumbangan arus pertama merupakan yang paling besar.
ground dischargeluahan bumiSainsHidrometeorologiSama dengan luahan awan-ke-bumi.
net trresterial radiationsinaran bumi bersihSainsHidrometeorologiPerbezaan antara sinaran bumi ke bawah dan ke atas; atau fluks bersih sinaran bumi.
12345678910...

Kembali ke atas