Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sosial (kata nama)
Bersinonim dengan kemasyarakatan;
Kata Terbitan : bersosial,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sains sosialcabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengintegrasianproses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
menganggotaimenjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial;Kamus Dewan Edisi Keempat
anggota1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok tidak menye­nang­kan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera; beranggota mempunyai anggota; beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli; menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; keanggotaan perihal menjadi anggota, ke­dudu­kan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm per­tubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
integrasipenggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan, penyatuan: soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar; berintegrasi bergabung, berpadu; mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya; pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
sains ~ sosial cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb.Kamus Pelajar
sains1 ilmu pengetahuan yg teratur dan dpt dibuktikan kebenarannya. 2 cabang ilmu pengetahuan yg ber­dasarkan kenyataan semata-mata spt kimia, fizik. ~ sosial cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
erti1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang; ~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;ertian tafsiran; pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambar­an) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas