Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sosial (kata nama)
Bersinonim dengan kemasyarakatan;
Kata Terbitan : bersosial,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
armchair theoryteori kerusi empukSains PolitikPolitik PerbandinganTeori dalam bidang ilmu sains sosial yang dihasilkan tanpa kajian yang saintifik. Teori ini dihasilkan melalui pengamatan pemikiran dan imaginasi idealisme seseorang tokoh terhadap sesuatu fenomena yang diperhatikannya. Teori ini digarap tanpa kajian empirikal lapangan dan hanya berasaskan penaakulan dan logik akal peribadi. Contohnya teori Plato berhubung dengan persoalan pemerintahan, menyatakan bahawa golongan cendekiawan sahaja layak memegang dan mengetuai urusan pemerintahan negara. Premis tersebut dihasilkan tanpa proses penaakulan ilmiah yang saintifik, tanpa hipotesis khusus yang diuji, tidak ada pertimbangan deduksi dan metodologi yang teratur. Teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah seperti Plato, Socrates, Aristotle dan lain-lain yang sezaman dengannya, lazim dikategorikan sebagai teori kerusi empuk. Teori-teori sains sosial yang lahir selepas kemunculan aliran pemikiran positivisme barulah dikategorikan sebagai teori sains sosial yang bersifat saintifik.
social sciencessains sosialSains PolitikTiadaTiada
social sciencessains kemasyarakatan/sains sosialSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
economicsekonomiEkonomiTiada1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan.
social sciencessains sosialSains PolitikPolitik PerbandinganLihat sains kemasyarakatan.
basic educationpendidikan asasPendidikanTiadaPendidikan yang menekankan kebolehan dalam bahasa, matematik, sains, sejarah dan sains sosial.
archaelogical testingujian arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUjian ini mendapatkan bukti kegunaan sesuatu data arkeologi dengan menggunakan pelbagai cara, iaitu analisis sains dan sains sosial. Ujian juga dilakukan secara eksperimen peniruan, selang budaya dan analisis makmal.
applied sustainable systemsistem mampan terapanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSistem yang mempunyai entiti lestari melibatkan penerapan sains, teknologi, inovasi dan sains sosial untuk mengekalkan keseluruhan ekosistem.
archaeologistahli arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiIndividu yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan arkeologi. Untuk menjadi ahli arkeologi, seseorang itu perlu mendapatkan pendidikan formal dalam bidang arkeologi dan sains sosial. Ahli arkeologi juga bertugas sebagai kurator, ahli konservasi dan ahli pemuliharaan. Pengiktirafan seseorang ahli arkeologi berdasarkan kepakaran dan pengkhususan bidang seperti prasejarah, protosejarah dan sejarah.
social sciencessains kemasyarakatanSains PolitikPolitik PerbandinganCabang ilmu atau sains yang mengkaji perlakuan manusia dalam aspek sosial dan budayanya. Bidang ini merangkumi disiplin antropologi, sosiologi, psikologi, sains politik, ekonomi, linguistik, geografi, pengajian pembangunan, komunikasi politik, undang-undang, ekonomi, pengurusan perniagaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun disiplin undang-undang, ekonomi dan pengurusan perniagaan telah berkembang dengan pesat dan sudah memiliki subbidang tersendiri. Contohnya, bidang penyelidikan sains sosial di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor kaum kerana latar belakang masyarakat yang sangat majmuk. Sinonim sains sosial.
12345678910...

Kembali ke atas