Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Sakit barah sakitnya bisul,
     Sakit mari menghujung jari;
Kami bertanya kepada usul,
     Untuk siapa cincin di jari?


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Sakit sama mengaduh,
     luka sama menyiuk.

Bermaksud :

Sama-sama ikut bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(53)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hidup segan mati tak mahu (= embuh).Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.Sama-sama ikut bertanggungjawab.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sakit perut, baru tahu di liang lantai.Sesudah mendapat kesusahan baru ingat apa yang perlu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sakit pandan tidak tahukan duri, sakitnya badan tidak tahukan diri.Orang yang tidak tahu akan dirinya sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan.Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar sakit dulu senang kemudian.Biarlah bersusah-susah dulu asalkan senang kemudian hari.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau sakit, sapi beroleh nama.Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat.Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain biduk lain digalang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada sakit makan ubat.Menyusahkan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak sakit daging menimbun.Orang kaya yang berpura-pura miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Awak kurus daging menimbun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456

Kembali ke atas