Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : apa sahaja penyakit yg ada kaitan dgn jantung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heart attackserangan sakit jantungFizikTiadaTiada
heart attackserangan sakit jantungSosiologiTiadaTiada
digitonindigitoninKimiaTiadaGlikosida yang diperoleh daripada tumbuhan Digitalis purpurea digunakan dalam pengubatan sakit jantung.
London dense fog diseasepenyakit kabut tebal LondonKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyakit yang mengakibatkan masalah pernafasan dan sakit jantung yang disebabkan oleh pencemaran udara yang berpunca daripada pembakaran arang batu sebagai sumber bahan api. Penyakit ini telah menyebabkan kematian 4000 orang kanak-kanak dan orang tua di London pada November, 1952.
heart attackserangan sakit jantungPerubatanTiadaNekrosis otot jantung yang terhasil akibat terputusnya aliran darah ke kawasan tertentu pada jantung.
e-disease managemente-pengurusan penyakitTeknologi Maklumate-KesihatanSistem pendekatan kesihatan yang mengajar pesakit menguruskan penyakit kronik yang dihidapinya, seperti kencing manis, sakit jantung, lelah, kanser, dan HIV. Sistem ini juga melibatkan pesakit, perunding perubatan dan juga pakar perubatan. Sistem ini memudahkan pesakit mempelajari cara penjagaan diri dan cara menghindari komplikasi penyakit.
phytoestrogenfitoestrogenHerbaFitokimiaSebatian fitokimia bukan steroid yang memberi kesan serupa dengan hormon estrogen yang terdapat dalam badan manusia. Hormon estrogen mencegah pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kanser payu dara, Alzheimer, dan melawan beberapa kesan sampingan menopaus. Contohnya, sebatian isoflavonoid seperti daidzein dan genistein yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan seperti kacang soya. Lihat juga isoflavon.
Strophantus poisoningkeracunan StrophantusKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan Strophantus, iaitu ubat kardiovaskular yang digunakan dalam rawatan sakit jantung. Tanda utama keracunan ialah muntah dan nadi tak seragam. Keracunan akut akibat penyuntikan, pengingesan, atau diuresis bagi pesakit yang menerima rawatan digitalis sepenuhnya, menyebabkan sakit kepala, loya dan muntah, cirit-birit, rabun penglihatan, kurang ketajaman penglihatan, delirium, nadi perlahan atau tak seragam, tekanan darah menurun, aberasi penglihatan warna, dan mati, biasanya akibat fibrilasi ventrikel. Keracunan kronik akibat penyuntikan atau pengingesan pada dos berlebihan memberikan gejala yang sama dengan keracunan akut. Dos maut ialah 2 g - 3 g.
geriatric anaesthesiaanestesia geriatrikPerubatanTiadaSubbidang anestesiologi yang berkaitan dengan pemberian bius kepada pesakit geriatrik, iaitu pesakit yang berumur lebih daripada 65 tahun. Golongan ini biasanya mengalami penyakit seperti sakit jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, bronkitis, bronkiektasis, emfisema, kegagalan fungsi ginjal dan osteoporosis. Pemberian ubat perlu dilakukan secara berhati-hati kerana margin keselamatan ubat yang terhad mudah menimbulkan komplikasi dan kesan sampingan.
air embolismkembang paru-paruPerikananTiadaKeadaan saluran darah yang tersumbat akibat gelembung udara semasa aktiviti selam skuba. Kembang paru-baru berlaku apabila penyelam naik ke permukaan air secara mendadak. Situasi ini menyebabkan aliran darah ke jantung tersekat akibat tekanan udara di sekeliling penyelam semakin berkurangan dan gelembung udara membesar, mengakibatkan gangguan aliran darah. Situasi ini boleh menyebabkan gejala sakit jantung atau paru-paru pecah. Sinonim embolisme.
12345

Kembali ke atas