Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa/.ti] | سقتي

Definisi : kesaktian (Kamus DBP versi dalam Talian)

[sa/.ti] | سقتي

Definisi : 1. = kesaktian kuasa yg di luar kemam-puan manusia dll biasa (kebal dll): masing-masing pun mencita ~nya pula lalu menjadi naga; 2. menaruh hikmat, mempunyai kuasa ghaib, bertuah, keramat: keris yg ~; menyaktikan 1. menjadikan sakti; 2. melaku-kan sesuatu dgn sakti; kesaktian, kesakti ark sakti: mereka mem-punyai sifat-sifat ~ yg tidak dapat ditandingi lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa/.ti] | سقتي

Definisi : 1 = kesaktian kuasa atau ke­bolehan yg luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak lut oleh sebarang senjata. 2 menaruh atau mempunyai kuasa yg luar biasa; mempunyai hikmat: keris ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakti (adjektif)
Bersinonim dengan keramat, bertuah, mujarab, manjur, berkuasa, berpuaka, ampuh;,
Kata Terbitan : kesaktian,

Puisi
 

Raja di Jawa raja sakti,
     Menghadap sultan berganti-ganti;
Doa saja umur tak mati,
     Dukun dan bidan ada menanti.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Teluknya dalam,
     rantaunya sakti.

Bermaksud :

Tidak mudah dialahkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makna AMPUHMenurut Kamus Dewan, ampuh mempunyai banyak pengertian. Antara makna ampuh ialah bertuah, mujarab, sakti,bah, banjir, lembak, sebak. Namun demikian, penggunannya bergantung kepada konteks ayat yang dibina.Makna20.11.2007
apakah makna mustika?Tidak ada perkataan 'mustika' dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan, yang ada ialah 'mestika' yang bermakna batu sakti, yang tercantik atau tersayang.Makna16.11.2006
Nama saya Sunee kasem saya. innginkan bertanya apakah makna bertuah terima kasihBertuah bermaksud:

1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung.
2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti.
3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno)
Makna28.10.2015
Nama saya Nureeta Yayor. Saya ingin bertanya apakah makna Bertuah Terima kasih.Bertuah bermaksud:

1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung.
2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti.
3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno)
Makna28.10.2015
pakah takrifan sebenar bagi laman - laman blog masa kini? Perkataan 'ampuh',apakah maksudnya dan bila boleh digunakan?Istilah blog diterima. Makna perkataan ampuh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah bertuah, mujarab, sakti. Makna laiinya ialah bah, banjir, lembak. Terima kasih.Lain-lain18.04.2008
apakah erti perkataan MUSTIKA. saya tidak terjumpa diperkhidmatan kamus, istilah, atau dimana juga, selain pantun.Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah 'MESTIKA'. Orang ramai lazim mengeja dan menyebutnya sebagai mustika atau mastika seperti yang terdapat dalam lirik lagu serta pantun. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat, mestika membawa maksud sejenis batu sakti yang terdapat dalam kepala ular dan lain-lain/geliga/gemala. Ia juga bermaksud permata yang bernilai (intan dll). Kalau digunakan sebagai kiasan, mestika juga boleh diertikan sebagai yang termolek/yang tercantik atau sesuatu yang disayangi.Makna29.12.2006
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008
Salam sejahtera. Bagaimanakah cara terjemahan perkataan/frasa yang berkaitan dengan dunia 'magic' ini: 1) Magical blood 2) Wizarding - contohnya, Wizarding World 3) Cauldron - bolehkah diterjemah kepada 'periuk kawah'? 4) Jinx and curse - kedua-duanya bermaksud 'sihir sumpahan'. Bagaimana jika kedua-duanya digunakan dalam ayat yang sama?Tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "magical blood". Sila berikan maksud atau konteks penggunaan perkatan ini supaya kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

wizarding world - dunia sihir/dunia sakti
cauldron - kawah/kenceng
jinx - pembawa sial
curse - sumpahan
Istilah07.09.2016
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan pihak tuan bagi beberapa istilah / perkataan terapi bermain berikut : 1) plush doll play 2) magic wand play 3) bop bag play 4) puppet play 5) play therapy rituals 6) desensitization play 7) feeling faces 8) suitcase playroom Terima kasih atas bantuan pihak tuan. Saya amat menghargainya.

Salam Sejahtera. Menurut data kami, belum ada istilah untuk perkataan tersebut. Namun begitu, kami mencadangkan  padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

1)   Plush doll play – mainan patung plush

2)   Magic wand play – mainan tongkat sakti

3)   Bog bag play – mainan beg bop

4)   Puppet play – mainan boneka

5)   Ritual therapy play – mainan terapi ritual

6)   Desensitization play – mainan penyahpekaan

7)   Feeling faces – wajah beremosi

8)   Suitcase playroom – mainan bilik dalam beg pakaian

Sekian. Terima kasih.
Istilah27.09.2017
Mengapakah Hikayat Hang Tuah dianggap sebagai genre epik Melayu ?Epik sebagaimana diketahui dapat dibahagikan kepada dua, iaitu Epik Rakyat (Folk Epic) dan Epik Seni (Art Epic).  Epik Rakyat biasanya dihubungkan dengan sifat lisannya.  Ia kadang-kadang dipanggil juga Epik Primer (Primary Epic).  Epik ini biasanya memakan masa beberapa generasi untuk muncul dalam bentuknya seperti sekarang.  Ia mungkin bermulai dari legenda dan saga keperwiraan yang kemudian ditokok tambah menjadi sebuah epik yang lengkap.  Epik Rakyat bukanlah seorang pengarang, ia adalah himpunan daripada khazanah negara, oleh itu ia tiada mempunyai nama pengarang.  Epik Rakyat boleh diturunkan dalam bentuk prosa mahupun bentuk puisi.  Jika melihatkan kepada HHT, ciri-ciri  epik rakyat ada pada HHT. Kita lihat kebanyakan tokoh sarjana Barat tidak menganggap HHT sebagai sebuah karya sastera khasnya epik kecuali Kassim Ahmad. Adakah hal ini disebabkan hikayat ini sebuah karya prosa tidak sebagaimana definisi yang diberikan oleh C. High Holman dan J.A Cuddon, epik merupakan, “sebuah puisi yang panjang”. Sebuah epik mengikut beberapa kamus tidak semestinya dalam bentuk puisi (Webster’s New World Dictionary,Third College Edition, 1984). Ciri-ciri HHT dikenali sebagai sebuah epik ialah seperti yang berikut:

1) Wiranya seorang tokoh yang benar-benar wujud dalam sejarah dan    diangkat menjadi tokoh legenda

2)Latar tempatnya yang luas, merangkumi berbagai-bagai negara, bahkan ke seluruh dunia, iaitu dunia yang diketahui oleh  pengarangnya pada masa itu.  Di dalam hikayat ini Hang Tuah memainkan dua peranan.

3)Wiranya seorang yang gagah dan mempunyai beberapa  keistimewaan termasuk ilmu sakti

4)Ilmu Sakti Pembantu Wira

5)Epik ditulis dalam gaya bahasa yang tersendiri yang penuh dengan  sifat-sifat kesederhanaan bagi mengangkat keperwiraan wiranya. 

Lain-lain21.04.2008

Kembali ke atas