Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.la.si.lah] | سلسيله

Definisi : Ar daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan); kesalasilahan hal yg berkaitan dgn salasilah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.la.si.lah] | سلسيله

Definisi : daftar keturunan keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salasilah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan asal keturunan, susur-galur, asal usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah, sejarah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SALASILAH SURAT RASMI DAN BILAKAH SURAT RASMI MULA DIGUNAKAN?Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Maklumat  tentang penulisan surat rasmi juga  boleh dirujuk dalam buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa05.03.2013
maksud salasilah & keluarga

Salasilah keluarga bermaksud daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan).

Makna24.03.2010
Salam. Saya ingin tahu apa perbezaan antara salasiah dan salasilah. Dan diharap pihak tuan dapat mengejakan perkataan salasiah sekiranya ada dalam bahasa jawi.

salasilah  Ar daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan);

salasiah () dalam bahasa Arab bermaksud: kelembutan, senang.

Makna05.11.2009
Adakah ayat ini betul? Mohon cadangan pihak tuan: 1.Adalah terlalu kompleks untuk mensusuri salasilah ilmu perubatan herba di Nusantara ini yang telah menjangkau puluhan ribu tahun.Ayat yang betul ialah "Adalah terlalu kompleks untuk menelusuri salasilah ilmu perubatan herba di Nusantara ini yang telah menjangkau puluhan ribu tahun"Tatabahasa18.12.2022
salam 1 Malaysia. Saya ingin membuat pertanyaan tentang penggunaan noktah bagi perkataan berikut di hujung ayat. Contoh ayatnya. ayat 1: Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s. atau ayat 2: Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s.. noktah di belakang a.s. perlu diletakkan satu atau dua bagi hujung ayat. Ayat 1 atau 2 mana satu yang betul.Dua tanda noktah perlu dibubuh dalam keadaan yang tersebut, noktah pertama bagi singkatan dan noktah kedua bagi penutup.Tatabahasa11.06.2013
Saya sedang membina salasilah 'Family Tree' keluarga besar saya. Saya mendapati pangkat-pangkat yang diberikan kepada ahli-ahli keluarga seperti paklong, pakngah, paklang dsb dalam sesuatu keluarga besar tu tidak standard...justeru, sila beritahu pangkat-pangkat yang betul dalam sebuah keluarga besar contohnya punyai 18 orang (ini satu kenyataan dlm keluraga besar saya)!

Untuk makluman sdr,  nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan  kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza.  Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung.  Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti.

Lain-lain29.09.2010
Assalamualaikum pihak dbp. Sekarang nie saya tengah buat susunan salasilah keluarga. Saya mengalami masalah nak letak panggilan apa kepada anak Ciak. Susunan seperti berikut.Anak Cucu Cicit Ciak????Apa pandangan pihak dbpKeturunan orang Melayu ke bawah adalah seperti yang berikut: 1. Anak 2. Cucu 3. Ciicit 4. Piut 5. Oneng-onengIstilah26.01.2016
Apakah perkataan sesuai untuk terjemahan istilah 'once removed/twice removed/three times removed" kedalam bahasa Melayu yang digunakan dalam salasilah keluarga bahasa Inggeris?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'once removed/twice removed/three times removed" dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "once removed" diberikan maksud seperti yang berikut: once removed (of cousins) a. (one generation younger) anak saudara (se)pupu; b. (one generation older), /emak, bapa/ saudara (se)pupu, (saudara) (se)pupu /emak, bapa. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah12.12.2013
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah untuk negeri Johor sahaja. saya sedang membuat kajian mengenai salasilah keluarga di Johor dan saya perlu tau nama panggilan tersebut. terima kasih.Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk melengkapkan kajian puan sila rujuk buku yang berkaitan dengan sosiobudaya.Lain-lain12.11.2012
definisi sejarah sastera Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali  memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah.          Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya.          Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.           Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga.          Salah satu ciri yang menyebabkan  sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. Lain-lain06.08.2008
12

Kembali ke atas