Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.li.nan] | سالينن

Definisi : 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.li.nan] | سالينن

Definisi : hasil drpd menyalin; tiruan yg sama: ~ surat beranak; ~ foto salinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi. ~ keras ist output komputer yg dicetak pd kertas atau disalin pd filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain. ~ lembut ist output komputer dlm bentuk video, audio, dsb yg memerlukan perkakasan utk melihat output tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Salinan dalam bahasa Malaysia: Majlis Peguam sokong Hakim NegaraTiadaUtusan Malaysia09.06.1990
Salinan potongan akhbar dibawa ke sana ke mari untuk dapatkan bayaran:sudah 10 tahun menulis masih jadi 'stringer'TiadaMingguan Wanita12.04.1985
Salinan surat Raja-Raja Melayu untuk Arkib NegaraTiadaUtusan Malaysia23.04.1971
Salinan manuskrip sejarah Melayu Johor diperolehAkhbar:  Utusan Malaysia19.09.2000
'Karya Salinan'Ku Seman Ku HussainUtusan Malaysia20.05.1993
Dapatkan salinan kesusasteraan Melayu di luar negeri - SulaimanTiadaUtusan Malaysia05.11.1982
2,000 salinan buku karya Tunku dipasaranBernamaHarian Ekspress21.10.1987
Cinta Fotokopi salinan Kuliah CintaShanty Octavia AmryWarta Perdana17.04.2005
Muzium diarah serahkan salinan manuskripTiadaBerita Harian30.03.1984
Penonton teater dibekal salinan skripHasmi HashimBerita Harian (Sastera dan Budaya)21.10.2000
12

Kembali ke atas