Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.li.nan] | سالينن

Definisi : 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.li.nan] | سالينن

Definisi : hasil drpd menyalin; tiruan yg sama: ~ surat beranak; ~ foto salinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi. ~ keras ist output komputer yg dicetak pd kertas atau disalin pd filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain. ~ lembut ist output komputer dlm bentuk video, audio, dsb yg memerlukan perkakasan utk melihat output tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
zeroks(zéroks) proses membuat salinan foto (fotokopi) bahan bertulis (bercetak) atau kerja-kerja grafik; mesin ~ mesin yg digunakan utk membuat salinan foto (fotokopi), mesin fotokopi; salinan ~ salinan foto, fotokopi; menzeroks membuat salinan foto, (fotokopi) bahan bertulis (bercetak) atau kerjakerja grafik dgn menggunakan mesin zeroks (mesin fotokopi): ~ beberapa makalah dlm majalah itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
mesin penduamesin utk membuat salinan-salinan surat dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
dokumensesuatu yg bertulis atau bercetak (spt sijil kelahiran, sijil kematian, dll) yg di­gunakan sbg rekod atau bukti: salinan-salinan ~ yg telah dirampas itu ada me­nyebut tentang rancangan pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan; mendokumenkan 1. mencatatkan sesuatu sbg dokumen: negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu; 2. membuktikan (menunjuk­kan) dgn dokumen, memberi maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau membukti­kan sesuatu; pendokumenan perihal (proses, tindakan dsb) mendokumenkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendua1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
salinan sandar(backup copy)Salinan atur cara atau data yang disimpan dalam storan sandar di tempat selamat untuk dijadikan rujukan sekiranya salinan asal hilang, rosak, atau tercemar. Salinan kandungan cakera liut atau cakera keras ini dibuat mengikut suatu jadual penyimpanan yang berkala.Kamus Komputer
zeroks/zéroks/ 1 = mesin ~ (jenama) sj mesin fotostat. 2 proses membuat salinan foto. 3 salinan foto yg dibuat dgn mesin zeroks. menzeroks bp membuat salinan foto.Kamus Pelajar Edisi Kedua
salinan fotosalinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
salinan zerokssalinan foto, fotokopi;Kamus Dewan Edisi Keempat
salinan keras(hardcopy)Salinan imej output komputer yang dicetak pada kertas atau disalin pada filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain.Kamus Komputer
kertas karbonkertas berlapis bahan karbon utk membuat salinan surat (biasanya salinan surat bertaip);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas