Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lut] | سالوت

Definisi : pembalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong; ~ bunga kecubung yg terdapat pd bahagian luar kelopak bunga, kaliks (bunga); ~ surat sampul surat; bersalut 1. berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tongkat kecil hitam dgn kepalanya ~ tembaga; bungkusan itu ~ kertas minyak; 2. ki berselubung, berselindung: hadiah yg murah tetapi ~ ikhlas; seruku riang ~ jenaka; menyalut membalut, membungkus, menyam-pul: gambar itu hendaklah disalut supaya tidak pudar; ~ sarung keris dgn perak; menyaluti menjadi sbg salut pd, membaluti: tepung ubi ~ kesemua kepingan keladi; salutan sesuatu yg digunakan utk menyalut; penyalutan perihal (proses atau perbuatan) menyalut atau menyaluti sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lut] | سالوت

Definisi : IB memberi hormat (dgn mengangkat tabik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lut] | سالوت

Definisi : 1 benda yg membaluti atau yg melapisi sesuatu; pembalut: ~ surat sampul surat. 2 benda yg digunakan utk melapis sesuatu (khususnya logam): ~ gigi emas dll yg melapisi gigi. ~ bunga daun yg melindungi bahagian luar bunga. bersalut ada salutnya; memakai salut; berbalut: Buah cempedak yg ~ tidak mudah di­serang ulat. bersalutkan mempunyai sesuatu sbg salut (bkn logam dll): Plat timah pd asasnya ialah plat keluli lembut yg ~ timah. menyalut memberi bersalut; membalut; membungkus: Dia ~ barang-barang tembaganya dgn kain. ~ pateri melapis logam dll dgn pateri. menyaluti menjadi sbg salut pd: Kain ~ barang-barang tembaganya. menyalutkan menjadikan sbg salut; melapiskan. salutan sesuatu (spt la­pisan logam dll) yg digunakan utk menyalut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salut (kata nama)
Bersinonim dengan pembalut, pemalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong, sadur, pembarut, pembebat, sepuh, selaput;,
Kata Terbitan : bersalut, menyalut, salutan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
coatsalutsalutsalutKejuruteraan
protective coatingsalut lindungsalut perlindungsalut perlindungKejuruteraan
protective coatingsalut lindungsalut perlindungsalut perlindungKejuruteraan
Fuzzy coatsalut kabursalut kabursalut kaburPerubatan
feather coatsalut bulunggassalut bulu pelepahsalut bulu pelepahPenternakan
coat proteinprotein salutprotein salutprotein salutPertanian
sheath cellsel salutsel salutsel salutPerhutanan
camp processproses salutproses salutproses salutPerhutanan
perichondriumsalut rawan; perikondriumTiadasalut rawan; perikondriumBiologi
battered and breadedsalut tepung dan perotiansalut tepung dan perotiansalut tepung dan perotianPerikanan
123

Kembali ke atas