Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ... atau baik ... mahupun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : adakah; mungkinkah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama ada

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta,
kasih ibu sama rata,
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(83)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu adakah "atau tidak" diperlukan untuk ayat jenis ini. "Periksa sama ada fail sudah disalin v/s "Periksa sama ada fail sudah disalin atau tidak" - adakah "atau tidak" wajib ada dalam ayat ini kerana ayat dapat difahami walau tiadanya "atau tidak". Dan untuk teks yang formal, "atau tidak" ini menjadikan ayat tidak/kurang formal. Jika untuk padanan, contohnya "sama ada lelaki atau perempuan", "sama ada betul atau salah" maka mesti sepasang. Atau adakah pilihan lain boleh digunakan contohnya: "Periksa untuk memastikan bahawa fail sudah disalin"? Terima kasih

Ayat tersebut bertujuan memberi arahan atau perintah boleh dibetulkan seperti berikut:“Periksa dan pastikan fail tersebut sudah disalin atau belum.” Perkataan “sama ada” boleh digunakan dan perlu sesuai dengan konteks ayat, contohnya ayat yang menyatakan pilihan atau sesuatu yang tidak pasti.

Tatabahasa23.08.2021
Selamat malam, bolehkah saya tanya sama ada ayat di bawah betul? Ayat: Antara kebolehan saya ialah melukis. i) Setahu saya selepas kata pemeri "ialah" mesti diikuti dengan kata nama dan bukan kata kerja. Jadi, sama ada ayat di atas ini masih dianggap betul? ii) Boleh tanya sama ada terdapat hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa permulaan dengan perkataan "Antara" belakang mesti ikut dengan perkataan "ialah" dan bukan "adalah"? iii) Bolehkah tolong membetulkan sekiranya ayat di atas salah? Terima kasih.

1. Benar, kata pemeri *ialah* mesti diikuti kata nama atau frasa nama. Jadi, ayat tersebut salah. Ayat itu bermaksud penutur mempunyai beberapa kebolehan. Jika demikian, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan perkataan *termasuklah*, baru ayat itu menjelaskan makna.

 

*Antara kebolehan saya termasuklah melukis.*

 

2. Tiada peraturan tatabahasa sedemikian. Penggunaan kata sendi nama *antara* dijelaskan pada halaman 285 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Penggunaan *antara* yang betul terdapat dalam empat contoh yang berikut:

1. ...antara pendapatnya dengan pendapat saya;

2. ...antara adik-beradik;

3. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi;

4. ...antara kedua-dua buah negara.

 

3. Tidak sesuai memasukkan kata pemeri *ialah* atau *adalah*. Kata pemeri *adalah* tidak boleh diikuti kata kerja *melukis*.

Tatabahasa23.07.2019
Salam 1Malaysia, yang manakah ayat (1 atau 2) yang paling sesuai digunakan dalam ayat berikut? mohon cadangan ayat yang sesuai. 1. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk Kandungan mata pelajaran adalah sama, sama ada responden guru Lelaki atau Perempuan, responden guru Luar Bandar atau Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana muda pendidikan. 2. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk Kandungan mata pelajaran adalah sama di antara responden guru Lelaki dan Perempuan, responden guru Luar Bandar dan Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana muda pendidikan. sekian terima kasih1. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk kandungan mata pelajaran adalah sama, sama ada responden guru Lelaki atau Perempuan, responden guru Luar Bandar atau Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana Muda Pendidikan.

Tatabahasa13.08.2015
1. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "the raising of loans"? Sama ada boleh menggunakan perkataan "pemerdapatan pinjaman" sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan? 2. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "to raise loan"? Sama ada boleh menggunakan perkataan "memperdapatkan pinjaman"? 3. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "raised"? Sama ada perkataan "diperdapatkan" boleh digunakan? Adakah perkataan "pemerdapatan", "memperdapatkan" dan "diperdapatkan" betul dari segi tatabahasa?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi the raising of loans ialah peningkatan kadar pinjaman, to raise loan ialah meningkatkan kadar pinjaman atau mendapatkan pinjaman. Manakala raised ialah meningkatkan. Walau bagaimanapun, frasa pemerdapatan pinjaman yang diguna pakai dalam Perlembagaan Persekutuan adalah mengikut laras dan istilah bagi bidang tersebut.

Penyemakan dan penterjemahan28.06.2021
Istilah manakah yang betul di antara "samada" atau "sama ada"?Perkataan yang betul ialah sama ada.Tatabahasa09.08.2018
Salam sejahtera, saya mempunyai kekeliruan dalam ejaan. Ejaan yang betul "sama ada" atau "samada"?Ejaan yang betul ialah sama ada.Ejaan13.04.2017
Assalamualaikum / Salam Sejahtera Tuan/Puan Mohon bertanya ajeaan sebenar - sama ada atau samada? Terima kasihEjaan yang betul ialah sama ada.Ejaan28.05.2015
Salam, Harap berikan sedikit tip tentang penggunaan imbuhan "kan'. Saya perhatikan bahawa sama ada imbuhan itu ada ataupun tidak ada, perkataan masih berbentuk kata kerja. Jadi, saya sedikit keliru sama ada nak tambah "kan" ataupun tidak. Terima kasih.

Kata  kerja  tidak semestinya mempunyai imbuhan kerana kata kerja  terdiri daripada empat bentuk, iaitu kata kerja tunggal, kata kerja terbitan, kata kerja majmuk dan kata kerja ganda. Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan. Contohnya, terbang. Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Contohnya, memasak, bukukan, membesarkan dan menggeletar. Kata kerja majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Contohnya, kenal pasti. Kata kerja ganda pula merupakan proses yang hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang imbuhan. Contohnya, geleng-geleng.

Berdasarkan bentuk kata kerja tersebut, akhiran -kan membentuk kata kerja terbitan. Golongan kata yang boleh bergabung dengan akhiran ini  ialah kata nama, kata kerja tak transitif, kata kerja transitif, kata adjektif dan kata tugas. Akhiran –kan membentuk kata kerja transitif yang biasanya menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran –kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat, iaitu dalam ayat pasif dan ayat suruhan. Akhiran –kan boleh juga hadir dalam beberapa imbuhan lain, iaitu meN-…-kan, beR-…-kan, mempeR-…-kan, di-…-kan dan dipeR-…-kan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 143-223.

Tatabahasa28.06.2021
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya inginkan kepastian sama ada penggunaan "Waktu Pelawat" pada papan tanda yang saya lampirkan adalah betul atau tidak dari segi bahasa, sama ada relevan untuk terus digunakan atau tidak untuk meringkaskan mesej yang hendak disampaikan. Adakah yang betul adalah "Waktu Melawat"? Saya bandingkan dengan penggunaan "Buku Pelawat" pada Buku Pelawat, kalau "Waktu Pelawat" perlu ditukar kepada "Waktu Melawat", maka "Buku Pelawat" pun perlu ditukarkan kepada "Buku Melawat"? Mohon bimbingan, terima kasih.Teks yang betul ialah 'Waktu Melawat' atau boleh juga 'Waktu untuk Pelawat' iaitu tempoh masa yang diperuntukkan bagi perbuatan melawat. 'Buku Melawat' adalah salah kerana bukan buku yang melakukan perbuatan 'melawat' sebaliknya 'pelawat'. Maka 'Buku Pelawat' adalah tepat untuk buku yang mencatatkan lawatan 'Pelawat'.Tatabahasa23.02.2017
Mohon menyemak penggunaan ejaan sama ada Felo atau Felow Ia berkaitan dengan penyelidik terima kasih.
Menurut data kami, ejaan yang betul ialah felow yang bermaksud ahli sesuatu institusi sama ada akademik atau profesional.
Ejaan03.10.2018
12345678910...

Kembali ke atas