Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ... atau baik ... mahupun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : adakah; mungkinkah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama ada

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta,
kasih ibu sama rata,
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(83)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equalitykesamaanSejarahTiadaPerihal keadaan yang sama, sama ada daripada segi jumlah, ukuran, kuasa, status dan sebagainya.
eternal covenantzimmah abadiSejarahTiadaPermuafakatan atau persetujuan untuk bersama-sama sama ada waktu senang atau susah untuk selama-lamanya atau abadi.
rangingpenjulatanKejuruteraanTiadaMenetapkan titik-titik supaya berada pada garis lurus yang sama, sama ada dengan menggunakan mata atau dengan bantuan peralatan.
deformcangga; ubah bentuk; cacatKejuruteraanTiadajasad, sama ada perubahan itu berserta perubahan rupa bentuk atau tidak.,jasad, sama ada perubahan itu diikuti perubahan saiz atau tidak.
ownership structurestruktur pemilikanEkonomiTiadaKeadaan pemilikan firma sama ada oleh perseorangan, perkongsian, atau pemegang saham yang ramai, sama ada pemilik tempatan keseluruhannya, pemilik asing atau gabungan antara kedua-duanya.
piracypelanunanSejarahTiadaTindakan atau perbuatan yang merosakkan orang lain sama ada melalui rompakan atau rampasan dengan kekerasan dan kekejaman yang dilakukan di kawasan laut sama ada laut dalam atau persisiran pantai, ciri yang dilihat dalam sejarah Melayu abad ke-15 dan ke-16.
XNORXNORTeknologi MaklumatPerisianOperasi logik yang dikenali sebagai eksklusif NOR. Operasi ini melibatkan dua operan yang hanya menghasilkan nilai benar jika kesemua operan mempunyai nilai yang sama, sama ada nilai benar (kesemuanya 1) atau palsu (kesemuanya 0). Contoh Jadual Kebenaran bagi logik XNOR adalah seperti yang berikut: Rajah 8: Jadual Kebenaran bagi logik XNOR
programmed checksemakan teraturcaraKejuruteraanTiadaKaedah menguji kebetulan fungsi mesin dan atur cara komputer, sama ada dengan cara menyelesaikan masalah contoh yang teratur sama ada diketahui jawapannya, ataupun dengan cara membina sistem penyemakan dalam atur cara sebenar yang dijalankan.
benchmark testuji tanda arasTeknologi MaklumatTiadaProses menilai sesuatu perisian/perkakasan sama ada melepasi aras keupayaan minimum yang ditetapkan atau mengatasi prestasi perisian/perkakasan yang lain. Misalnya keupayaan komputer diuji sama ada mampu melepasi tanda aras ‘pemprosesan 24 jam terus menerus tanpa penyaman udara’.
louvreram; anak tingkapKejuruteraanTiada1. Ram: Bukaan, sama ada tetap atau boleh laras, pada dinding atau siling dengan slat condong untuk memungkinkan cahaya dan udara masuk tetapi menahan masuknya air hujan.,2. Sebarang susunan bukaan-bukaan yang menyerupai slat, sama ada tetap atau boleh laras, untuk tujuan pengudaraan.,3. Susunan slat-slat sepusat atau selari atau anggota jerejak yang setara, yang digunakan untuk menyembunyikan dan melindungi sebuah pembesar suara sambil memungkinkan gelombang bunyi telus.
12345678910...

Kembali ke atas