Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama banyak

Puisi
 

Banyak-banyak gula kuragi,
     Tidaklah sama bunga paku;
Banyak-banyak tempat kupergi,
     Tidaklah sama si Jongok Batu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud 'cekadak' dalam ungkapan 'banyak cekadak'. Selalunya digunakan dengan erti sama 'banyak songeh'. Kenapa tiada dalam kamus?Perkataan tersebut masih lagi belum terakam dalam mana-mana kamus khususnya Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna01.11.2018
Assalamualaikum. Saya sudah boleh muat turun dokumen... Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi Terima kasih banyak-banyak.Sama-sama. Jadikan prpm.dbp.gov.my teman setia di hujung jari saudara. Sebarkanlah kemanfaatannya kepada rakyat Malaysia yang lain.Lain-lain10.01.2014
Contoh ayat: Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak. Dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus. Dalam ayat ini, adakah 'dan' dalam ayat ini berfungsi sebagai penanda wacana atau kata hubung? Bolehkah 'dan' digunakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih.Dalam ayat ini, dan berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu, dan perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat.  (Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251. Tatabahasa03.07.2010
Selamat sejahtera Saya ingin mengetahui sama ada susunan "mempunyai banyak" ataupun "banyak mempunyai" merupakan susunan yang betul. Sekian, terima kasih.Kedua-dua "mempunyai banyak" dan "banyak mempunyai" adalah betul.Tatabahasa11.01.2012
apakah kebaikan gotong-royong

Gotong-royong bermaksud sama-sama mengerjakan sesuatu atau saling membantu ketika membuat sesuatu. Sudah tentu banyak kebaikan yang kita dapat apabila sesuatu kerja dilakukan bersama-sama. Kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat lagi, meringankan beban kerja yang berat/banyak, menjana ekonomi lebih luas lagi dll.

Lain-lain19.02.2009
Adakah perkataan 'viral' dalam ayat di bawah boleh digunakan? Saya tidak menjumpai perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam konteks ayat tersebut. Sebenarnya ayat tersebut hendak digunakan sebagai soalan latihan matematik sekolah rendah. Terima kasih. Sebuah tayangan video telah menjadi viral dalam sebuah laman web. Pada hari pertama tayangan, bilangan pengunjung yang menonton video itu ialah 245 102 orang. Pada hari keempat pula, bilangan pengunjung menjadi 245 702 orang. Bilangan pengunjung meningkat pada setiap hari adalah sama banyak. Berapakah bilangan pengunjung yang menonton video itu pada hari kedua dan ketiga?Untuk makluman, dalam pangkalan data kami tidak terdapat maksud "viral" yang berkaitan dengan makna tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk "viral", iaitu virus. Sekiranya kita merujuk kepada Internet, "viral" bermaksud imej, video, maklumat dan sebagainya yang merebak dengan pantas dan meluas daripada seorang pengguna Internet kepada pengguna internet yang lain.Tatabahasa27.04.2015
berkejar-kejaran sama maksud dengan kejar-mengejar? terima kasih.Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berkejar-kejaran bermaksud berlari bera­mai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat­ menghambat (buru-memburu). Contoh ayat, Dua tiga ekor ayam berkejar-kejaran apabila Majid menaburkan padi. Menurut Kamus Pelajar, kejar-mengejar pula bermaksud berlari kerana hendak menangkap, menyerang dan lain-lain. Contoh ayat, Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah.
Lain-lain03.09.2021
Hi, saya baru saja baca tentang ramai dan banyak dalam satu buku rujukan tatabahasa. Ramai ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat PIBG itu. Buku tersebut memberi penerangan bahawa penggunaan 'ramai' di sini tidak tepat ,sepatutnya guna' banyak ibu bapa....' tetapi kamus dewan memberi salah satu makna 'ramai' ialah banyak. 'Banyak' tidak boleh digantikan dengan 'ramai'?Perkataan banyak dan ramai boleh digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut kerana selain merujuk suasana yang ramai, perkataan ramai juga merujuk bilangan sama seperti banyak.Lain-lain14.06.2012
Banyak orang/Ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. ramai orang betul atau banyak orang betul? atau kedua-duanya betul? apa rasionalnya?

Banyak/ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. Banyak dan ramai kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Dalam Kamus Dewan, banyak sama makna dengan bukan sedikit, tidak sedikit seperti orang dan sebagainya.

Tatabahasa04.09.2008
(1) Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa 'amak berlela, amak berupa' mendukung maksud banyak tabiat, banyak olehnya. Adakah 'oleh' dalam konteks ini bermaksud 'benda/keuntungan yang diperoleh'? (2) Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, peribahasa ini pula bermaksud berbagai-bagai gaya dan rupa. Adakah maksud ini sama dengan maksud di {(1)}? Adakah peribahasa ini mempunyai dua maksud? (3) Dalam konteks apa peribahasa ini digunakan? Bolehkah satu ayat contoh dibina bagi peribahasa ini?

Berdasarkan semakan versi bercetak bagi Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, amak berlela, amak berupa bermaksud banyak tabiat, banyak olahnya bukan banyak olehnya. Maksud dalam Kamus Peribahasa adalah hampir sama dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu berbagai-bagai gaya dan rupa.

Contoh ayat:

Warga kota amak berlela, amak berupa semasa mengunjungi Dataran Merdeka bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Pihak kami akan membetulkan maksud dalam prpm agar tiada kekeliruan timbul. Kami menghargai pertanyaan pihak tuan dan didahului ucapan terima kasih.

Tatabahasa30.08.2020
12345678910...

Kembali ke atas