Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama banyak

Puisi
 

Banyak-banyak gula kuragi,
     Tidaklah sama bunga paku;
Banyak-banyak tempat kupergi,
     Tidaklah sama si Jongok Batu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah.Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggeriak bagai anak nangui.Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar periuk besar kerak.Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar kayu besar bahannya.Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gedang kayu, gedang dahannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gedang kayu, gedang dahannya.Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar kayu besar bahannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahu di asin garam.Banyak pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Banyak makan garam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Banyak makan garam.Banyak pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahu di asin garam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut.Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut). tunjang = akar yang di atas tanah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai anak-anai bubus.Keluar beramai-ramai, berduyun-duyun. bubus = keluar banyak bersama-sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas