Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama banyak

Puisi
 

Banyak-banyak gula kuragi,
     Tidaklah sama bunga paku;
Banyak-banyak tempat kupergi,
     Tidaklah sama si Jongok Batu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Chargaff�s ruleperaturan ChargaffBiologiGenetikPeraturan yang mengatakan bahawa dalam DNA sesuatu spesies, bes adenina mesti sama banyak dengan bes timina dan bes guanina mesti sama banyak dengan bes sitosina. Pada masa yang sama, jumlah (A + G) mesti sama banyak dengan jumlah (T + C).
trisulphapyrimidinetrisulfapirimidinaFarmasiTiadaGabungan sama banyak sulfadiazina, sulfamerazina, dan sulfametazina dalam bentuk dos bertujuan untuk mengurangkan kecenderungan kristaluria dan hematuria. Keterlarutan akues setiap satu tidak bergantung antara satu dengan yang lain, walaupun kesan antibakteria bentuk gabungannya bertambah.
karyokinesiskariokinesisBiologiFisiologiPembahagian bahan nuklear yang sama banyak ketika pembahagian sel (mitosis).
annuityanuitiPentadbiranTiadaSiri pembayaran atau penerimaan sejumlah wang yang sama banyak dalam sesuatu tempoh tertentu.
blue water gasgas air biruKimiaTiadaCampuran dengan kadar yang sama banyak antara karbon monoksida dan hidrogen dengan melalukan stim ke atas arang batu pijar di dalam penjana khas.
deciledesilMatematikTiadaSatu daripada 10 bahagian bagi satu set yang telah dibahagi sama banyak.
anyam bucuanyam bucuKesenianTiadaTeknik mencantumkan dua bahagian helai bujur yang dibahagikan sama banyak untuk membentuk bucu.
isonephisonefSainsHidrometeorologiGaris yang dilukis melalui semua titik pada peta yang keberawanannya sama banyak.
non-overlapping codekod tak bertindanBiologiGenetikKod yang mempunyai bilangan asid amino yang sama banyak dengan bilangan kodon dalam satu jujukan nukleotida yang bersambung, misalnya kod AACCGG mengekod asn (asparagina) dan arg (arginina) sahaja. bd. kod bertindan.
full pastrypastri penuhPentadbiran PerniagaanTiadaPastri yang mengandungi sukatan tepung dan marjerin pastri yang sama banyak, contohnya 1kg tepung dan 1kg marjerin pastri.
12345678910...

Kembali ke atas