Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ratanya serupa; 2. = sama rasa semuanya sama; menyamaratakan menjadikan atau meng-anggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): engkau ~ sahaja manusia lain dgn Wim; kesamarataan sifat (keadaan dsb) sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain): anda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan ~ antara lelaki dgn perempuan; penyamarataan proses menyamaratakan se-suatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 tidak tinggi rendah ke­adaannya (ttg sesuatu permukaan); rata seluruhnya. 2 = ~, sama rasa semuanya sama; tidak ada perbezaan (ttg pangkat, peluang dll). menyamaratakan 1 meratakan sesuatu permukaan supaya sama seluruhnya. 2 tidak membeza-bezakan; menyamakan semuanya. 3 menganggap semuanya salah dsb. penyamarataan perbuatan atau hal menyamaratakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Burung enggang silang-bersilang,
     Nampak pipit sama rata;
Sudilah sirih sekapur seorang,
     Itulah asal pembuka kata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hati gajah sama dilapah,
     hati kuman (= tuma) sama dicecah.

Bermaksud :

Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul? 1. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima kepada mangsa kebakaran secara sama rata. 2. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran.Kedua-dua ayat yang diberikan betul namun ayat kedua iaitu Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran, lebih sesuai.Tatabahasa30.08.2015
Salam sejahtera. Mohon ulasan, adakah tiga ayat di bawah membawa maksud yang sama? Bolehkah ayat ke-3 diguna pakai? 1. Kami adalah majikan yang menyediakan peluang sama rata. 2. Kami adalah majikan dengan peluang sama rata. 3. Kami adalah majikan peluang sama rata. Terima Kasih.Cadangan ayat yang betul dan gramatis ialah: Kami ialah majikan yang menyediakan peluang sama rata.Tatabahasa17.07.2019
Ejaan bagi perkataan disamaratakan. Disamaratakan atau disama ratakan?Disamaratakan atau disama ratakan  ialah  daripada perkataan sama rata. Apabila digabungkan dengan imbuhan awalan dan akhiran, ia akan menjadi satu perkataan. Namun begitu, ejaan disamaratakan tidak ada dalam kamus bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah kesamarataan iaitu perlulah dirapatkan.Ejaan21.02.2021
sila semak: 1.sel yang dibelah itu mendua 2. Emak menduai pisang itu agar boleh dibahagikan sama rata 3. Zali menduakan isterinya 4. Wang yang dicuri itu diperdua untuk diberi kepada orang bawahannyaAyat yang betul ialah "emak membahagikan pisang itu kepada dua agar boleh dibahagikan sama rat". Ayat yang lainnya adalah betul. Harap maklum.Tatabahasa24.09.2007
Di bawah kata terbitan awalan kata adjektif ade imbuhan se yang bermaksud sama rata Adakah selepas,setiap,sehingga,setelah adalah golongan tersebutKata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama seperti besar, tinggi dan sebagainya. Se- pula merupakan awal yang bermaksud sama, seluruh, sedari, lepas, hingga dan banyak lagi.

Untuk makluman, awalan se- yang bermaksud sama/serupa boleh digunakan sekiranya se- diikuti dengan kata adjektif. Contoh: Sekecil hama, sebesar rumah, secantik bidadari dan sebagainya. Perkataan selepas, setiap, sehingga dan setelah bukanlah kata adjektif walaupun mempunyai awalan se-.

Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa07.08.2018
Saya memohon jasa baik pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengemukakan definisi, perbezaan beserta contoh penggunaan ayat bagi perkataan di bawah: 1) Kesamarataan; dan 2) KesaksamaanDalam Kamus Dewan, kesamarataan bermaksud sifat atau keadaan yang sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain), contoh ayat anda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan kesamarataan antara lelaki dengan perempuan; dan kesaksamaan bermaksud perihal saksama (teliti, adil, dll), contoh ayat kesaksamaan, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim amat dititikberatkan.Makna04.08.2017
Dalam Bahasa Malaysia ada tidak perkataan menyamaratakan. contoh: menyamaratakan taraf. Apakah perkataan yang boleh saya guna selain perkataan ini

Terdapat perkataan menyamaratakan dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut membawa maksud menjadikan atau menganggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): Contoh ayat, Kamu menyamaratakan sahaja manusia lain dengan Wim.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, pada ruangan "Cari" tulis perkataan yang hendak dicari, seperti "padat", dan tuan akan memperoleh maksud daripada kamus dan istilah juga data daripada sumber yang lain.

Tatabahasa01.06.2017
Dalam ayat, penggunaan nombor satu (1) hingga sembilan (9) dieja penuh,iaitu satu, dua hingga sembilan. bagaiman pula dalam ayat matematik? contoh: Situasi berikut menunjukkan satu contoh kegunaan pecahan dalam kehidupan seharian. 3 orang sahabat berkongsi secara adil 1 biji kek. ‘Satu pertiga’ ditulis sebagai, 1 mewakili bahagian yang diberi kepada setiap orang. 3 mewakili bahagian yang sama rata daripada keseluruhan kek. tqDalam ayat nombor satu hingga sembilan dieja sepenuhnya. Walau bagaimanapun peraturan ini ditekankan dalam ayat matematik. Ayat matematik ditulis unitnya (1, 2 dan seterusnya) agar tidak mengelirukan pembaca/pelajar.Tatabahasa26.01.2011
menghamburkan dan menyemburkan,apa bezanya?Menghamburkan bermaksud membuang sesuatu (bunga dan lain-lain) merata-rata; sama makna dengan menyebarkan dan menaburkan. Menyemburkan bermaksud memancarkan se­suatu dari mulut. Sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan peroleh data daripada kamus, istilah dan sebagainya.Makna31.01.2011
Boleh jelaskan penggunaan tepat kata aras dan paras; contohnya ~ bahu, laut, dsb

Aras bermakna

a)    a) Had tingginya sesuatu permukaan air; paras; takat.

Contoh ayat:  Beberapa meter padu air mesti dipamkan ke dalam kolam yang panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya aras air naik satu meter.

b)    b) Permukaan air.

Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Kota Tinggi naik tiga meter.



Paras
bermakna

a)    a) Sama rata permukaannya; tidak tinggi rendah.

Contoh ayat: Gambar itu tergantung pada paras bahu.

b)    b) Aras; had yang menunjukkan dalam atau tingginya sesuatu; takat.

Contoh ayat: Ali berendam sehingga paras dada.

Makna11.01.2021
12

Kembali ke atas