Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak bersungguh­-sungguh (mengerjakan sesuatu dll), sambil­-sambilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak sungguh-sungguh membuat sesuatu: Bersawah padi bukanlah suatu pekerjaan yg dpt dibuat sambil ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambil (kata tugas)
Bersinonim dengan seraya, sementara, di samping, belan-belan, sembari, serta;,
Kata Terbitan : sambil-sambil, menyambilkan, sambilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya pernah bertanya tentang penggunaan perkataan sambalewa dan sambil lewa. Jawapan yang diberikan ialah perkataan sambil lewa lebih tepat penggunaannya. Saya merujuk Kamus Dewan, perkataan sambalewa membawa maksud sama dengan sambil lewa yang boleh digunakan dalam ayat.Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat berdasarkan ciri tertentu. Sila baca dan fahami bahagian prelim termasuk prakata Kamus Dewan.Tatabahasa30.03.2010
sambalewa atau sambil lewa?Sambil lewa.Ejaan07.10.2011
1. sambil lewa atau sambalewa ?Yang betul ialah sambil lewa.Tatabahasa11.12.2009
Assalam/ Salam Sejahtera.. saya nak tanya adakah perkataan sambil lewa masih boleh diguna pakai ataupun ianya sudah ditukar kepada sambalewa(saya dgr perkara ini dripada Cikgu saya..ingin pengesahan) Dan seterusnya Adakah perkataan Baru membawa maksud yg sama dengan perkataan Baharu ataupun ia membawa maksud Baru = Just Baharu = New Terima kasih...Waalaikumussalam, Kedua-dua perkataan sambil lewa dan sambalewa boleh digunakan. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama dan ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kata baru dan baharu dianggap sebagai variasi dalam bahasa Melayu dan membawa makna yang sama. Tetapi lazimnya penggunaan baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.Ejaan02.07.2015
Assalamualaikum tuan, Saya ingin pastikan sama Ada ayat di bawah betul atau sebaliknya. terima kasih. I) Hal ini amat penting kerana melalui minat yang lahir dari hati yang murni akan mendorong mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan sebaik yang mungkin, bukannya dengan sambil lewa atau sekadar untuk mendapatkan gaji semata-mata. 2) Khairul bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari / daripada rumah.

 Kedua-dua ayat ini telah dibuat pembetulan.

I) Hal ini amat penting kerana melalui minat yang lahir daripada hati yang murni mendorong mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan sebaik yang mungkin, bukannya dengan sambil lewa atau sekadar untuk mendapatkan gaji semata-mata.

2) Khairul bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah.

Tatabahasa11.07.2008
Saya bimbang mengenai signboard2 jalan yang dipasang oleh pihak PBT tanpa membuat semakan dengan pihak DBP terlebih dahulu sebelum dipasang oleh pihak kontraktor. Siapa harus bertanggungjawab jika ada sigboard yang dipasang tidak mengikut bahasa atau perkataan yg tepat. Senarai nama jalan seperti berikut:- 1. Di Lebuhraya Persekutuan KL ke Kelang saya melihat banyak signboard2 berbeza. Contoh. Signboard > J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar. 2. Di Jalan Maharajela ke Petaling Jaya saya melihat Signboard > Jln. Tun Sambanthan > Jln. Tun Sambhantan. 3. Dari Jalan Pudu ke Jalan Cheras > Signboard > Jln. Changkat Thamby Dollah > Jln. Changkat Tambhy > Jln. Changkat Tambi Dollah. 4. Dari bulatan Kg. Pandan ke Time Square Signboard > Ke Jalan Sultan Ismail > Ke Jalan Sultan Ismali. 6. Yang lebih menyedihkan signboard di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Semua signboard diseluruh sekitar kawasan ini ditulis dengan Jln T.A. Rahman. Pada pandangan saya nama jalan TAR adalah nama istimewa sempena nama YDP Agong Pertama. Jadi kenapa pihak PBT (DBKL) tidak mengambil perhatian/peka keatas perkara ini dan pihak kontaraktor pulak mengambil kerja cepat sambil lewa menyiapkan tender2 signborad. Saya syorkan Jln. T.A Rahman di perbetulkan semula ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (ayat penuh). Sebagai orangawam saya amat malu dan kesal atas perkara ini. Sebagai bukti saya akan poskan kepada pihak tuan iaitu aduan bergambar untuk tindakan yang segera. Sekian. Tajuddin Hassan

Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 

Lain-lain18.11.2010

Kembali ke atas