Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : 1. sesuatu yg dilakukan bersama-sama dgn yg lain; 2. sesuatu yg kurang pen­tingnya; 3. alasan yg dibuat-buat, dalih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : 1 pekerjaan yg di­lakukan bersama dgn yg lain. 2 sesuatu yg kurang penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambil (kata tugas)
Bersinonim dengan seraya, sementara, di samping, belan-belan, sembari, serta;,
Kata Terbitan : sambil-sambil, menyambilkan, sambilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang peluang untuk menjadi penterjemah sambilan kepada DBP. Saya ingin mengikuti kursus penterjemahan di ITNM dan berhasrat untuk menjadi penterjemah sambilan di DBP. Apakah prosedur untuk menjadi penterjemah sambilan di DBP dan adakah potensi untuk menjadi penterjemah sambilan untuk DBP tinggi? Terima Kasih.Salam sejahtera. Untuk makluman saudara, DBP tidak lagi terlibat dengan kerja-kerja penterjemahan. Jika saudara berminat, saudara boelh berhubung dengan Persatua Penterjemah Malaysia di talian 03 21424381. Sekian.Lain-lain15.08.2008
1. peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara. 2. Kemudahan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Adakah perkataan ini merupakan perkataan aktif bahawa pegawai berkaitan mengikut kursus secara sambilan atau IPT hendak mengesahkan kursus sambilan. Pemahaman saya adalah perkataan aktif bahawa pegawai berkaitan mengikuti kursus secara sambilan. Mohon nasihatkan saya.Kami berpandangan, kedua-dua ayat tersebut memberitahu akan kewujudan peraturan yang berkaitan, yang boleh dirujuk oleh pembaca atau pihak-pihak yang berkeperluan. Walau bagaimanapun, dalam hal yang berkaitan dengan pekeliling, sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Awam. Dewan Bahasa dan Pustaka membantu dari aspek teknikal ayat, manakala tafsiran yang persis dapatkan daripada pihak yang berwenang.


Lain-lain23.05.2023
Assalammualaikum... Saya ingin bertaya bagaimana jika saja ingin membuat kerja sambilan di DBP.Sebarang kekosongan jawatan di DBP sama ada bertaraf tetap, kontrak atau sambilan akan diiklankan dalam akhbar harian dan laman web kami. Sila semak saluran berkenaan dari semasa ke semasa.Lain-lain05.09.2011
Salam Sejahtera Tuan Puan, Saya dengan rendah dirinya ingin memohon khidmat nasihat akan maksud perkataan ini. Saya mohon jika tuan puan boleh menasihatkan saya. Berikut adalah dua perkataan yang saya memerlukan khidmat nasihat. 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara. 2. Kemudahan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara adalah diperuntukkan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009. Saya berpendapat, ayat ini mengatakan seorang pegawai mengikut pengajian secara sambilan di IPT dalam negara layak mendapat kemudahan cuti tanpa rekod. Perkataan ini tidak mengatakan memerlukan sebarang dokumentasi institut pengajian yang mengatakan sambilan, tetapi lebih kepada kegiatan/ aktiviti seorang pegawai yang mengikut pengajian secara sambilan. Adalah perkataan ini melambangkan seorang pegawai mengikut pengajian secara sambilan atau universiti harus maklumkan bahawa kursus adalah sambilan. Saya memohon pencerahan daripaha pihak Tuan/Puan untuk perkataan ini. Segala sokongan amat dihargai. Saya boleh dihubungi di talian 0167710762 untuk sebarang makluman lanjut.Ayat 1 dan 2 tersebut berkaitan dengan peraturan kemudahan cuti tanpa rekod pegawai awam secara sambilan di IPTA dalam negara yang diperuntukkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009. Tafsiran peraturan dalam mana-mana surat pekeliling hendaklah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam. Dewan Bahasa dan Pusataka membantu dari aspek makna perkataan, istilah dan tatabahasa. Untuk mengetahui ejaan/makna kata, pengguna boleh membuat semakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. 


Lain-lain22.05.2023
saya ingin menjadi penterjemah karya bagi bahasa arab? adakah terdapat kekosongan dan peluang untuk menjadi penterjemah sambilan di DBP? bagaimana cara untuk saya mendapatkan peluang ini? selain itu, saya mempunyai kebolehan menterjemah bahasa hindi dengan baik. sekian, terima kasih.Untuk menjadi penterjemah sambilan, saudara boleh berhubung dengan Persatuan penterjemah Malaysia atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Pihak tersebut boleh memberi banyak peluang kepada saudara untuk menterjemah bahan-bahan dalam bahasa Arab atau bahasa Hindi.
Bahagian Agama, Falsafah Dan Tamadun Islam DBP tidak menyediakan program menterjemah kecuali buku-buku terjemahan yang tidak dapat diusahakan oleh pihak ITNM.
Lain-lain25.11.2007
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara. Baru- baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakan tempoh masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap ke jawatan tetap, lebih-lebih lagi kos kehidupan di Kuala Lumpur adalah tinggi. Terima Kasih

Tahniah kerana telah ditawarkan untuk berkhidmat dengan kami.

Untuk makluman sdr, sekiranya terdapat sebarang kekosongan jawatan pada masa yang akan datang, sdr perlulah mengisi dan melengkapkan borang permohonan jawatan untuk dipertimbangkan oleh pihak kami. Psertasi kerja sdr sebagai pekerja sambilan merupakan suatu nilai tambah kepada sdr untuk dinyatakan di dalam borang permohonan tersebut dan akan diambil kira oleh pihak pengurusan DBP.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa isu penyerapan daripada jawatan bertaraf sambilan kepada jawatan bertaraf tetap tidak timbul kerana proses untuk mengisi jawatan kosong dilaksanakan secara terbuka kepada semua warganegara malaysia yang berkelayakan. Sekiranya sdr benar-benar bertekad untuk berkhidmat secara tetap dengan DBP, kemukakanlah permohonan dan tunjukkanlah prestasi kerja yang membanggakandalam tempoh sdr berkhidmat secara sambilan ini.

Lain-lain28.10.2008
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara. Baru-baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakah masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap dan menjawat jawatan yang setaraf dengan kelayakan saya lebih-lebih lagi kos taraf hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Terima Kasih

Sdr,

Terlebih dahulu saya ingin mengcucapkan tahniah di atas kejayaan sdr terpilih untuk menjawat jawatan tersebut. Sdr sewajarnya memanfaatkan peluang ini dalam keadaam pasaran kerja yang tidak begitu baik pada masa kini.

 

Sebagai makluman sdr, tidak ada sebarang jaminin bagi mana-mana penjawat jawatan bertaraf sambilan untuk diserapkan ke dalam jawatan bertaraf tetap. Ia merupakan proses pengambilan pekerja yang berasingan. Untuk itu, sdr perlu mengemukakan permohonan untuk menjawat jawatan tetap dan harus melalui proses temu duga dan sebagainya dan akan dipertimbangkan sebagaimana pemohon lain. Pemilihan adalah berasaskan kelayakan dan merit.

 

Walau bagaimanapun, sebagai penjawat bertaraf sambilan, sdr mempunyai kelebihan sedikit berbandign calon lain kerana sdr telahpun mempunyai pengalaman kerja dan mengetahui serba sedikit tentang fungsi, dan kaedah kerja di DBP yang dapat membantu sdr dalam temu duga kelak.

Lain-lain28.10.2008
Assalamualaikum. tujuan saya menhantar emel ini ialah untuk bertanya tentang khidmat pekerjaan yang disediakan untuk saya sebagai pelajar yang ingin mencari pekerjaan sambilan semasa cuti semester, apabila saya kembali ke tempat tinggal saya di Kuching Sarawak. cuti semester yang agak panjang, lebih kurang 2 bulan/ bulan. adakah pihak DBP menawarkan sebarang pekerjaan bagi mencari wang untuk kami sebagai pelajar?Untuk makluman puan, DBP tidak menawarkan pekerjaan sambilan untuk pelajar yang sedang bercuti semester.Lain-lain21.12.2014
Assalamualaikum saudara, Saya mencari peluang menulis secara sambilan untuk artikel/sayembara/penulisan kreatif dan seumpamanya. Adalah lebih baik sekiranya saudara di DBP sendiri sudi membantu atau memaklumkan kepada saya berkenaan apa apa peluang untuk menulis yang ada di DBP sendiri. Salam hormat.Wassalam. Berhubung hasrat puan untuk menghantar karya berbentuk artikel/puisi/cerpen dan seumpamanya, pihak kami amat mengalu-alukan. Sehubungan itu, pihak kami mencadangkan puan menghubungi Bahagian Majalah dan berbincang dengan editor berkaitan. Untuk makluman, pihak DBP setiap bulan menerbitkan 11 jenis majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Dewan Siswa dan sebagainya. Sila hubungi Bahagian Majalah menerusi telefon: 03-21479001/9002 atau mengirimkan sebarang tulisan ke Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Sekian.
Lain-lain20.06.2018
Salam saya nk tanya,bagaimana sy bleh memohon kerja sambilan terjemah karya bahasa melayu ke bahasa arab?Sila berhubung terus dengan Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBM) untuk tujuan berkenaan.Lain-lain10.07.2014
123

Kembali ke atas