Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; ~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; ~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan); b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan dimaksud-kan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan; sesampai, sesampainya sebaik sahaja sam-pai, apabila sampai, setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang ber-tengkar di belakang; sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya; menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; menyampaikan 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampai­nya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : ; menyampai 1. menyelampaikan (kain di bahu), menyampirkan, menyidaikan: di atas balai itu ada seorang perempuan tua sedang ~ kain pendukung; 2. = bersampai-an tersampir, tersidai; menyampaikan menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; tersampai tersampir, tersidai: dia meng-hilang ke dlm bilik dan kemudian keluar dgn tuala mandi ~ di bahu; sampaian tempat menyampirkan (me­nyidai-kan) kain, ampaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : 1 tiba di tempat yg dituju: Surat yg dihantarnya itu tidak ~ kpd ayahnya. 2 tercapai apa-apa yg dimaksudkan atau yg diniatkan: Mudah-mudahan cita-citamu itu akan ~ juga. 3 dpt dicapai (dgn tangan atau dgn menggunakan benda-benda lain): Kalau tak ~ dgn tangan, gunakanlah galah. 4 mencapai had atau paras tertentu: Airnya dalam ~ ke leher. ~ ajal meninggal dunia. ~ akal dpt diterima akal; tidak mustahil. ~ bulan a. sudah cukup masa­nya utk melahirkan anak. b. sudah cukup tempoh yg ditetapkan. ~ hajat ber­jaya mencapai apa-apa yg dihajati (dikehendaki). ~ hati tidak berasa segan-segan atau tidak menaruh belas kasihan lagi melakukan sesuatu yg buruk akibatnya kpd orang lain. ~ umur a. sudah dewasa. b. sudah tua benar. sudah ~ umurnya meninggal dunia; mati. menyampaikan 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan se­suatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. kesampaian 1 hal tibanya (sampainya) sesuatu atau seseorang; ketibaan: ~ kami tidak disambut oleh sesiapa. 2 tercapai atau terlaksana apa-apa yg dimaksudkan dll: Janji-janjinya tidak pernah ~. penyampaian perbuatan atau hal menyampaikan: ~ hadiah akan dilakukan oleh Guru Besar. sesampai sebaik-baik sampai: ~nya kami di kedai Arimoto San, dia dan isterinya tergesa-gesa membantu Sakura bersiap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sampai

Puisi
 

Sayur meranti dirampai ketola,
     Nasi putih dalam pinggan;
Sampai hati sampai rasa,
     Sedang berkasih tuan tinggalkan.


Lihat selanjutnya...(265)
Peribahasa

Sampai bersalam,
     pulang berterajang.

Bermaksud :

Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(84)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
mishapn /kejadian, sst/ yg tdk diingini, kemalangan kecil: there was no ~ during the journey,tdk ada kejadian yg tdk diingini berlaku semasa perjalanan itu; arrive without ~, selamat sampai, sampai dgn selamat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reach4. extend as far as, sampai ke: his land ~es the river, tanahnya sampai ke sungai itu; boots that ~ the knees, but yg sampai ke lutut; the boy already ~es his father’s shoulder, budak itu sudah tinggi sampai ke bahu bapanya; 5. attain, mencapai, sampai: he had ~ed the age of fifty, dia telah mencapai umur lima puluh tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stop~ short /of, at/, tdk sanggup sampai: he ~ped short of murder,, dia tdk sanggup sampai membunuh; not ~ short /of, at/, sanggup sampai: she would not ~ short at murder if she felt it would help her husband escape,, dia sanggup sampai membunuh kalau dia merasakan pembunuhan itu dapat membantu membebaskan suaminya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come5. extend, reach, sampai: her skirt came to her knees, skirtnya sampai ke lutut; her hair came (down) to her waist, rambutnya sampai ke pinggang; she ~s up to his chest, tingginya sampai ke paras dada lelaki itu; 6. happen, [various translations]: nothing came of it, tdk ada hasil apa pun; success ~s when you work hard, kejayaan akan tercapai jika kamu bekerja keras; they promised no harm would ~ to us, mereka berjanji tdk akan mengapakan kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
runc. amount to, sampai: his income ~s into hundreds of thousands, pendapatannya sampai beratus-ratus ribu; the book has already ~ into five editions, buku itu sudah pun sampai lima edisi; d. move into bad weather, terperangkap dlm: as we sailed back from the island we ran into a heavy storm, sebaik sahaja kami belayar balik dr pulau itu kami terperangkap dlm ribut yg teruk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reachvt 1. get to, a. (a person) sampai kpd: the letter ~ed me this morning, surat itu sampai kpd saya pagi ini; the rumours never ~ed her father’s ears, khabar angin itu tdk sampai ke telinga bapanya; b. (a place), /sampai, tiba/ di: we ~ed the town before dark, kami sampai di bandar itu sebelum malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
to11. as far as the state of, sampai, hingga: frustration drove him ~ despair, kekecewaan membuatnya sampai menjadi putus asa; they beat him ~ death, mereka memukulnya sampai mati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ down to, a. reach, sampai ke: her hair ~s down to just below the ears, rambutnya sampai ke cuping telinga; their land ~s down to the foot of the hill, tanah mereka sampai ke kaki bukit; b. boil down to, berpokok pd: it all ~s down to jealousy, semuanya berpokok pd rasa cemburu; when it ~s down to, apabila kita bercakap ttg: when it ~s down to batik design, no one can match him, apabila kita bercakap ttg reka bentuk batik, tiada seorang pun yg dapat menandinginya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
to4. as far as, sampai ke, setakat: the water has risen ~ danger level, air itu telah naik sampai ke paras bahaya; he wore a coat that reached ~ his knees, dia memakai kot yg labuhnya sampai ke lututnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
upe. (of a quality) sampai: his performance is not ~ to the required standard, prestasinya tdk sampai ke standard yg diperlukan; f. capable of, boleh; (because one is not tired, well, etc) larat: the man is not ~ to the task, lelaki itu tdk boleh membuat tugas itu; I don’t think I feel ~ to swimming this evening, saya rasa saya tdk tdk larat berenang petang ini; I’d like to go but I don’t feel ~ to it, saya rasa hendak pergi, tetapi tdk larat pula; g. devising or scheming, muslihat, akal: I know what he is ~ to, saya tahu apa muslihatnya; I’m sure he’s ~ to no good, saya pasti dia ada muslihat yg tdk baik; h. also ~ until, sehingga, sampai: the validity of the regulation has never been questioned ~ to now, kesahan peraturan itu tdk pernah dipersoalkan sampai kini; ~ until this very day, sampai hari ini...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas