Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pu/] | سمڤوق

Definisi : = menyampuk 1. melanggar sesuatu (ketika berjalan); 2. menangkis atau menepis (pukulan dll); 3. mengganggu kesihatan (oleh hantu), merasuk (oleh hantu): kenapa budak itu terjerit-jerit sahaja, disampuk hantu agak-nya; 4. mencelah (percakapan orang), me-motong cakap, mencampuri (hal orang lain): Azlan tidak sedikit pun menyampuk sehingga ayahnya habis bercakap; menyampukkan melanggarkan, meng­hantuk-kan; tersampuk 1. terlanggar atau terhantuk (ketika berjalan), tersandung; 2. jatuh sakit (kerana diganggu hantu), keteguran: anaknya ~ hantu petang tadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pu/] | سمڤوق

Definisi : ; menyampuk 1 melanggar atau menyepak sesuatu ketika berjalan. 2 mengganggu serta menyakiti orang (bkn hantu). 3 mencampuri percakapan atau urusan orang lain; mencelah per­bualan orang lain. tersampuk 1 terlanggar sesuatu ketika sedang ber­jalan. 2 jatuh sakit kerana diganggu hantu; keteguran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampuk
Kata Terbitan : menyampuk, menyampukkan, tersampuk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya belum habis bercakap, jangan menyampuk / sampuk. Adakah kata kerja di belakang 'jangan' harus diletakkan imbuhan? Terima kasih.Selepas kata perintah "jangan", perkataan yang hadir selepas itu tidak semestinya kata kerja terbitan/kata imbuhan. Perkataan yang hadir selepas kata "jangan" boleh sama ada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda.

Contoh:
1. Jangan buang sampah di sini.
2. Jangan berludah di sini.
3. Jangan buka pintu semasa kereta api bergerak.
Tatabahasa30.05.2013

Kembali ke atas