Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.wic] | سندويچ

Definisi : dua keping roti yg biasanya disapu mentega dan dibubuh sardin, telur, dsb di antaranya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.wic] | سندويچ

Definisi : makanan drpd dua keping roti atau lebih yg berkapit dan berisi lauk (sardin, telur dsb) di tengah-tengahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sandwic


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan untuk sandwic? Terima kasih.Tiada penjodoh bilangan khusus bagi sandwic. Oleh sebab makanan tersebut terdiri daripada dua keping roti atau lebih yang berkapit dan berisi lauk (sardin, telur dan lain-lain) di tengah-tengahnya, maka dicadangkan penggunaan set bagi unit bilangan sandwic. Contohnya, satu set sandwic ayam dan sebagainya.Tatabahasa02.10.2019
salam, saya nak tanya lagi. Sandwich dalam bm, sandwic ke?Ejaan yang betul ialah "Sandwic".Ejaan08.07.2015
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013

Kembali ke atas