Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nya­takan perbandingan yg tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (bkn penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dgn sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. sangat-sangat 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat

Puisi
 

Sangat tinggi bukit puaka,
     Pak Wan lalu ke Kelang;
Abang pergi tidak mengapa,
     Adik tinggal menanggung bimbang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(229)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
seegosangat ego sptKamus Dewan Perdana
eukaliptuspokok sangat tinggi yg berakar jangkang, kulit batangnya berwarna-warni, ditanam sbg hiasan, dan batang serta kulitnya banyak digunakan dlm industri pembuatan kertas dan juga produk berasaskan kayuKamus Dewan Perdana
eidetik(bkn ingatan, gambaran dsb) sangat jelas dan terperinci, terutamanya pd kanak-kanakKamus Dewan Perdana
elastomerpolimer yg mudah lentur dan sangat kenyal, mis getahKamus Dewan Perdana
Eskimokumpulan orang yg tinggal di kawasan yg sangat sejuk di utara Kanada, Greenland, Alaska dan timur SiberiaKamus Dewan Perdana
endosulfansebatian organik berbentuk pepejal berwarna perang, sangat beracun, melebur antara -10°C hingga 100°C, digunakan sbg racun serangga pd tanaman dan utk mengawal anai-anai. Sifat beracun bahan ini boleh mengancam manusia dan persekitaran. Formula: C₉H₆Cl₆O₃SKamus Dewan Perdana
seerat-eratnya(bkn sokongan, kerjasama dsb) sangat kukuh dan paduKamus Dewan Perdana
efemeral(bkn hidupan, terutamanya tumbuhan) mempunyai kitar hidup yg sangat pendekKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas