Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nya­takan perbandingan yg tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (bkn penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dgn sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. sangat-sangat 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat

Puisi
 

Sangat tinggi bukit puaka,
     Pak Wan lalu ke Kelang;
Abang pergi tidak mengapa,
     Adik tinggal menanggung bimbang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(229)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sangat wajar Za'ba pakai nama pena "Anak Melayu Jati"TiadaUtusan Malaysia25.07.1983
Sangat dan tidak berapaSyed Ismail Syed AhmadThe Star09.01.1979
Sangat menarik untuk dikaji: corak dekoratif dalam seni lukisIndonesiaSudarmajiSuara Pembaruan22.08.1988
Nazarudin sangat terharu dengan deklamasi sajak 'Bapakku'Halim MajidBerita Harian02.07.1975
Estetika sangat penting bagi filem cerekaNazeri Nong samahUtusan Malaysia11.05.1984
Penubuhannya sangat dialu-alukanM. Salleh MahyatBerita Harian17.12.1972
Sako sangat menjaga harga diriA. Samad IsmailUtusan Malaysia18.09.1996
PEN sangat perlukan sajak untuk buku cendermataTiadaBerita Minggu15.11.1981
Saya sangat optimis terhadap masa depan graduan UUM - Prof. Awang HadMat Piah Teh DerisUtusan Malaysia23.06.1984
Kita sangat kurang filem berunsur patriotikNordin MohamadBerita Harian31.08.1987
12345678

Kembali ke atas