Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat buruk

Peribahasa

Bagai rupa tokak dibasuh.

Bermaksud :

Sangat buruk. tokak = kudis besar.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dilapidateusangSosiologiTiadaKeadaan bangunan, perabot, dan peralatan rumah yang lain yang sangat buruk, lusuh atau rosak.
storm warningamaran ributMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Maklumat meteorologi yang memberi amaran tentang berlakunya atau kemungkinan berlakunya tiupan angin dengan daya Beaufort 10 atau 11 di kawasan tertentu. 2. Umumnya, ramalan keadaan cuaca yang sangat buruk. 3. Maklumat dalam bahasa yang mudah difahami dan disiarkan kepada tentera laut dan kapal perdagangan melalui siaran armada yang sesuai. Amaran ini memberikan maklumat seperti kedudukan, gerakan, dan keamatan sesuatu pusat tekanan rendah.
storm warningamaran ributSainsHidrometeorologi1. Berita meteorologi yang memberi amaran tentang berlakunya atau kemungkinan berlakunya tiupan angin dengan daya Beaufort 10 atau 11 di kawasan tertentu. 2. Berita dalam bahasa yang mudah difahami dan disiarkan kepada tentera laut dan kapal perdagangan melalui siaran armada yang sesuai; amaran ini memberikan maklumat tentang kedudukan, gerakan, keamatan, dan lain-lain bagi sesuatu pusat tekanan rendah. 3. Umumnya, ramalan keadaan cuaca yang sangat buruk.
urban povertykemiskinan bandarSosiologiTiadaPenduduk bandar yang berpendapatan sangat rendah lazimnya terlibat dalam sektor informal dan menghuni rumah yang buruk di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan asas dan penyelesa.
computer phobiafobia komputerTeknologi MaklumatTiadaKetakutan yang amat sangat untuk menggunakan komputer. Ketakutan ini mungkin disebabkan kurang berpengetahuan tentang komputer atau mempunyai pengalaman buruk apabila menggunakan komputer pada pertama kali. Orang yang fobia komputer akan cuba mengelak daripada menggunakan komputer malah mungkin menunjukkan simptom fizikal seperti sesak nafas dan tidak selesa.
urban povertykemiskinan bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPenduduk bandar yang berpendapatan sangat rendah lazimnya terlibat dalam sektor informal dan menghuni rumah yang buruk di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan asas dan penyelesa.
duststormribut debuMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan cuaca buruk yang dicirikan oleh angin kuat serta berdebu dan meliputi kawasan yang luas. Ribut debu datang dengan tiba-tiba dalam bentuk tembok debu yang mara ke hadapan, panjangnya mencapai beberapa kilometer, tingginya mencapai beberapa ribu meter, dan ketampakan mendatarnya kurang daripada 1000 meter. Udara di hadapan ribut debu sangat panas, berangin silir, dan mungkin terdapat beberapa pusar debu yang terpisah atau tercantum dengan jisim utama.
algae bloomblum algaSains MarinTiadaPertumbuhan alga yang sangat pesat disebabkan oleh peningkatan kandungan nutrien yang tinggi, terutamanya nitrogen dan fosforus dalam sistem akuatik. Blum alga biasanya melibatkan satu atau beberapa spesies fitoplankton tertentu dan dapat dikenali melalui perubahan pada warna air disebabkan kepadatan sel berpigmen yang tinggi. Blum yang melibatkan alga bertoksin pula dikenali sebagai 'blum alga berbahaya'. Kejadian blum alga berbahaya menyebabkan kematian haiwan laut besar-besaran terutamanya ikan dan kerang-kerangan. Manusia akan turut menerima kesan buruk jika memakan haiwan yang tercemar ini. Contohnya, blum alga dinoflagelat yang dipanggil "kembangan merah".

Kembali ke atas