Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keras
1. Bersinonim dengan kuat
( kukuh, teguh, tegap, liat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh
( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, )
(adverba:)
Berantonim dengan sambil lewa

3. Bersinonim dengan tegas
( teguh pendirian)
(adjektif:)
Berantonim dengan tolak ansur

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan ketat, rapi,
(adjektif:)
Berantonim dengan longgar

5. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan,
(adjektif:)
Berantonim dengan ringan

6. Bersinonim dengan hebat
( kuat, gagah, berani, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lemah

7. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju,
(adjektif:)

8. Dalam konteks suara bunyi
bersinonim dengan nyaring, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut, lunak

9. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

10. Bersinonim dengan berpuaka
( berhantu, berpenunggu, )
(kata kerja:)

11. Dalam konteks minuman
bersinonim dengan memabukkan, beralkohol,
(kata kerja:)

12. Dalam konteks kritikan
bersinonim dengan pedas, tajam,
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan,

Peribahasa

Dijunjung merekah kepala,
     dipikul meruntuh bahu.

Bermaksud :

Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
very hard (consistency)sangat keras (ketekalan)PertanianTiadaTiada
flint claylempung batu apiGeologiTiadaLempung refraktori yang sangat keras, terdiri terutamanya daripada kaolin yang terhablur dengan baik yang memecah dengan retakan lelokan, menyerupai flin.
tungsten carbidetungsten karbidaKejuruteraanTiadaSebatian tungsten dan karbon yang sangat keras.
clay-slatebatu lohGeologiTiada1. Sabak yang berasal daripada syal. 2. Sal terkonsolidat yang sangat keras.
diamond bitbit intanKimiaTiadaBit penggerudian yang mempunyai badan yang terbuat daripada keluli dan permukaannya disaluti dengan intan atau permukaannya terdapat butir-butir intan. Biasanya digunakan untuk menggerudi batuan formasi yang sangat keras.
diamond bitbit intanKejuruteraanPetroleumBit penggerudian yang mempunyai badan yang terbuat daripada keluli dan permukaannya disaluti dengan intan atau permukaannya terdapat butir-butir intan. Biasanya digunakan untuk menggerudi batuan formasi yang sangat keras.
chertbatu chertArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBatuan silika keras yang mengandungi silika opal atau kalsedoni. Batu chert mempunyai bentuk yang seakan-akan bersinar dan amat sesuai digunakan sebagai alat batu repih. Repihan yang lebih kecil pula dikenali sebagai mikrolit dan boleh digunakan sebagai alat memotong. Batu ini sangat keras dan bahagian hujungnya boleh ditajamkan. Contohnya, alat batu dari tapak Poleolitik Akhir di Lembah Tingkayu (Sabah) yang berkembang sekitar 20 000 tahun dahulu. Batu chert juga dikenali sebagai batu rijang.
marajalimarajaliPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Trigoniastrum hypoleucum daripada famili Trigoniaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah mata pacak dan merjali. Gubal kayu dan teras kayu marajali sukar dibezakan dan biasanya berwarna kuning muda. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara 945 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat.
temak batutemak batuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea siamensis daripada famili Dipterocarpaceae. Gubal kayu temak batu berwarna lebih muda dan agak sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 975 hingga 1090 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan lambat mengering tetapi mudah dikemas siap. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi yang tinggi dan sukar diawet. Kayu temak batu biasanya mempunyai batang yang kecil dan bengkok, dan sukar didapati dalam saiz yang besar. Kayu ini boleh digunakan untuk kerja binaan berat, jambatan, cerucuk, dan alas landasan kereta api.
tempinistempinisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Streblus elongatus daripada famili Moraceae. Gubal kayu tempinis berwarna coklat kekuningan dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kemerahan dan berubah menjadi coklat tua apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 1025 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan dikemas siap, tetapi cepat mengering, dan mempunyai tahanan semula jadi yang tinggi. Kayu tempinis sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti jambatan dan pangkalan, lantai tahan lasak, dan alas landasan kereta api, dan tiang eletrik.
1234

Kembali ke atas