bromance | akrab lelaki | Umum | Tiada | Perhubungan persahabatan yang sangat rapat antara dua (2) orang lelaki. |
womance | akrab wanita | Umum | Tiada | Perhubungan persahabatan yang sangat rapat antara dua (2) orang wanita. |
domestic family | famili domestik | Sosiologi | Tiada | Keluarga yang ahli-ahli di dalamnya sangat rapat antara satu sama lain. |
energy band | jalur tenaga | Kimia | Tiada | Jalur yang terbentuk daripada banyak aras tenaga yang selanjar dan sangat rapat di dalam pepejal berhablur. |
energy band | jalur tenaga | Kimia | Tiada | Jalur yang terbentuk daripada banyak aras tenaga yang selanjar dan sangat rapat di dalam pepejal berhablur. Terdapat dua jenis jalur tenaga, iaitu jalur valens ialah aras tenaga terkuantum yang dapat diduduki elektron apabila elektron ini di dalam orbital valens pepejal berhablur. Elektron di dalam jalur ini tidak dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan elektrik. Jalur konduksi pula ialah aras tenaga terkuantum yang lebih tinggi daripada aras tenaga jalur valens. Elektron dapat menduduki jalur ini melalui getaran terma kekisi berhablur. Peningkatan elektron ke jalur ini membentuk lubang di dalam jalur valens. Elektron di dalam jalur konduksi dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan leketrik. Terdapat jalur terlarang di antara jalur valens dengan jalur konduksi. Ciri elektrik pepejal berhablur bergantung pada lebarnya jalur terlarang ini. Bagi logam, lebar jalur ini ialah disifar, bagi penebat pula, lebarnya lebih daripada 5 eV dan bagi semikonduktor, lebarnya lebih kurang 1 eV. |
fine structure | struktur halus | Kimia | Tiada | Rupa spektrum pada resolusi tinggi, iaitu setiap garis terdiri daripada beberapa garis yang sangat rapat. |
drizzle | gerimis | Hidrologi | Tiada | Kerpasan yang agak seragam terdiri dari hanya titisan air yang halus (bergaris pusat kurang dari 0.5 mm) dan sangat rapat antara satu dengan lainnya. |
drizzle | gerimis | Sains | Hidrometeorologi | Kerpasan yang agak seragam yang terdiri daripada hanya titis air yang halus (bergaris pusat kurang daripada 0.5 mm) dan sangat rapat antara satu dengan yang lain. |
microlaterolog | mikrolaterolog | Kejuruteraan | Petroleum | Pencartaan bergraf yang diplot terhadap kedalaman, mengenai nilai mikrokeberintangan formasi yang didapatkan menerusi pengelogan mikrolaterolog. Alat pengukur log ini mengandungi elektrod yang terpasang pada kancing yang tersusun secara sepusat. Susunan ini mengeluarkan berkas arus elektrik terfokus masuk ke dalam formasi. Oleh sebab susunan elektrod sangat rapat, berkas arus yang dikeluarkan berkesan hanya untuk zon pancur, iaitu zon yang nipis di sekitar lubang gerudi. |
corporate state | negara korporat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang dibentuk melalui tiga rangkaian hubungan iaitu kelompok pemerintah, korporat dan pemodal. Kelompok korporat memainkan peranan sebagai penghubung di antara pemerintah dengan pemodal. Dalam rangkaian hubungan ini, ketiga-tiga kelompok tersebut boleh terdiri daripada orang yang sama bagi mengisi jawatan pemerintah, korporat dan juga pemodal atau orang yang berbeza tetapi mempunyai hubungan yang sangat rapat khususnya dalam proses pembentukan dasar dan hala tuju program negara. Konsep negara korporat ini mula digunakan secara saintifik oleh Emile Durkheim pada awal abad ke-20 bagi merujuk kepada kesatuan yang berpengaruh dalam menentukan proses pembentukan dasar sesebuah negara. Contoh negara korporat ialah Itali sewaktu di bawah penguasaan golongan Fasis sekitar tahun 1930-an dan tahun 1940-an. |