Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rendah (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring,
Berantonim dengan tinggi

3. Dalam konteks harga
bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam,
Berantonim dengan tinggi

4. Dalam konteks pendapatan
bersinonim dengan kecil, sedikit,
Berantonim dengan tinggi

Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan,

Peribahasa

Tak (ber)pucuk di atas enau.

Bermaksud :

Sangat sombong, memandang rendah kepada orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sy guna komik yang dilukis sendiri untuk mengambarkan plot cerita dalam komsas. sangat berkesan untuk kelas corot. dalam PMR 2011, semua lulus 100% walau 6 orang tahap literasi bahasa sangat rendah..subjek lain mereka gagal..he..he.. kelas bahasa jadi menarik..mengapakah saudara memilih komik Doraemon? Boleh berkongsi?Lain-lain07.06.2012
Ribuan terima atas penjelasan tuan tentang isu kata ganda. Di sini saya ingin bertanya lagi, kata ganda adakah juga membawa maksud "sangat" ? contohnya, frasa : sangat riuh-rendah. adakah betul? riuh-rendah adakah bermaksud sangat riuh? Dengan demikian, frasa "sangat riuh-rendah" salah, kerana "sangat sangat riuh"? Mohon pencerahan. Terima kasih. 2. Mengikuti keterangan daripada pihak tuan tentang bunga itu sangat cantik-cantik. sangat ialah kata penguat. cantik-cantik bermaksud "semua cantik" dan bukan "sangat cantik". Dalam hal ini, kalau saya ingin menerangkan bahawa bunga itu semuanya sangat cantik, mengapakah tidak dapat ditulis : "Bunga itu sangat cantik-cantik" ?Kata “sangat” bukan kata ganda tetapi merupakan kata penguat yang berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Frasa yang betul ialah sangat riuh atau riuh-rendah.
Bunga itu sangat cantik-cantik kurang tepat. Bagi maksud bunga semuanya cantik, cadangan kami ialah Semua bunga sangat cantik.
Tatabahasa05.06.2021
Ribuan terima atas penjelasan tuan tentang isu kata ganda. Di sini saya ingin bertanya lagi, kata ganda adakah juga membawa maksud "sangat" ? contohnya, frasa : sangat riuh-rendah. adakah betul? riuh-rendah adakah bermaksud sangat riuh? Dengan demikian, frasa "sangat riuh-rendah" salah, kerana "sangat sangat riuh"? Mohon pencerahan. Terima kasih. 2. Mengikuti keterangan daripada pihak tuan tentang bunga itu sangat cantik-cantik. sangat ialah kata penguat. cantik-cantik bermaksud "semua cantik" dan bukan "sangat cantik". Dalam hal ini, kalau saya ingin menerangkan bahawa bunga itu semuanya sangat cantik, mengapakah tidak dapat ditulis : "Bunga itu sangat cantik-cantik" ?Kata “sangat” bukan kata ganda tetapi merupakan kata penguat yang berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Frasa yang betul ialah sangat riuh atau riuh-rendah.
Bunga itu sangat cantik-cantik kurang tepat. Bagi maksud bunga semuanya cantik, cadangan kami ialah Semua bunga sangat cantik.
Tatabahasa30.05.2021
Ayat mana yang betul?Kata Penguat dengan Kata Ganda diguna bersama. 1) riuh-rendah 2) sangat riuh-rendah 3) sangat riuh-rendah sekali TQKetiga-tiga ayat ini boleh digunakan.Tatabahasa08.05.2014
Adakah penggunaan 'dos' dalam ayat ini betul? Juga, jika terdapat kesalahan tatabahasa yang lain, harap dapat dibetulkan. Terima kasih. Selain daripada mempertingkat kempen-kempen kesedaran melalui kursus, seminar dan media massa, para ibu bapa harus diberikan suntikan kesedaran dengan dos yang tinggi kerana mengikut dapatan kajian, tahap kesedaran mereka mengenai kepentingan menghantar anak-anak mereka ke taska yang berdaftar adalah sangat rendahPenggunaan perkataan dos dan suntikan tidak perlu dalam ayat ini. Mesej kesedaran perlu disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.Tatabahasa05.04.2011
Adakah padanan “nearest multiple” dalam ayat di bawah ini betul dari sudut padanannya iaitu “gandaan yang terhampir”? 393A.(9) The following details shall be written in the label on a package of low sodium food or very low sodium food excluding salt substitutes: (a) the sodium content of the nearest multiple of 5 mg/100 g and, in addition, per as specified serving of the food as normally consumed; (9) Butir-butir yang berikut hendaklah ditulis pada label di atas suatu bungkusan makanan natrium rendah atau makanan natrium sangat rendah tidak termasuk garam pengganti: (b) kandungan natrium kepada gandaan kandungan 5 mg/100 g yang terhampir dan sebagai tambahan, bagi setiap hidangan yang ditentukan bagi makanan itu sebagaimana yang lazimnya dimakan;Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi "nearest multiple" ialah gandaan terhampir.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2021
Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. mengapakah kesalahan tatabahasa di atas ialah "riuh-rendah"? saya berpendapat kesalahan di atas ialah "oleh". yang manakah benar dan perkataan yang sepatut digunakan. terima kasihTiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. - Riuh-rendah bermaksud sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk, manakala kata oleh boleh membawa maksud dengan. Oleh itu tiada kesalahan pada kata riuh-rendah atau oleh. Tatabahasa18.07.2008
AsSalamualaikum, saya ingin bertanya maksud penggunaan istilah ' batangkan ' yang sedang dilaksanakan di PRA Sekolah dan Sekolah Rendah. Kemusykilan saya penggunaannya sangat tidak sesuai dan tidak sopan memandangkan istilah cerakin yang telah digunapakai sebelum ini sangat sopan dan sesuai digunakan. Harap dapat penjelasan tuan, terima kasih.Perkataan yang bertul ialah "membatangkan". Dalam Tatabahasa Dewan "batang" ada meksud kedua iaitu mengeja sambil membaca. Namun pihak sekolah mestilah menggunakan perkataan yang sewajarnya.Lain-lain04.09.2015
Pengetahuan saya tentang penulisan adalah sangat lemah. Saya berhasrat untuk menghasilkan dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk - Teknik dan Panduan Jawab Sains UPSR. Buku ini diharap akan menjadi buku panduan seluruh pelajar sekolah rendah di Malaysia. Bolehkah pihak tuan membantu saya dalam 1. penyediaan manuskrip. 2. cipta 3. ilustrasi 4. penerbitanSdr. wangsapertiwi, salah satu matlamat DBP adalah menerbitkan buku yang dikendalikan oleh Jabatan Penerbitan. Terdapat beberapa bahagian dalam Jabatan Penerbitan yang menerbitkan buku bahasa, buku sastera, buku kanak-kanak dan remaja, buku teks sekolah, buku umum dan majalah. Semua penerbitan dalam bahasa Melayu merangkumi pelbagai bidang ilmu untuk memenuhi keperluan pembaca. Menjawab soalan sdr. setakat ini DBP tidak membuat perolehan judul yang berkaitan dengan teknik dan panduan menjawab soalan untuk sekolah rendah atau sekolah menengah. Bahagian Buku Sekolah hanya menerbitkan buku teks untuk sekolah rendah dan menengah yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja pula menerbitkan buku sokongan pendidikan sebagai bacaan tambahan kepada buku teks. Jika sdr. berminat untuk menulis dengan DBP, bolehlah diajukan permohonan untuk mengikuti bengkel penulisan buku kanak-kanak dan remaja pada tahun 2014. Sila emelkan kepada: rosnah@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih.
Hajah Rosnah Awang
Ketua Editor
Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja
Jabatan Penerbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka
50460 Kuala Lumpur.
Lain-lain29.10.2013
Assalamualaikum tuan/puan, Saya Puan Rashida Nasuha dari Sekolah Rendah Islam Al Huda, Gombak. Pihak kami sedia maklum bahawa dewan bahasa dan pustaka sering kali mengadakan pertandingan sahibba untuk pelbagai kategori. Kami sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara-cara atau peraturan pertandingan sahibba yang digunakan oleh pihak tuan. Pihak kami bercadang untuk mengadakan pertandingan sahibba antara sekolah-sekolah ABIM seluruh Malaysia dan dewan bahasa dan pustaka adalah rujukan utama kami. Tujuan saya menghantar email ini untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada pihak tuan. Terima kasih di atas kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan.Salam puan budiman,

PERATURAN ASAS PERMAINAN SAHIBBA UNTUK PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH


Bersama-sama ini dilampirkan peraturan asas permainan sahibba untuk pertandingan sahibba sekolah  menengah dan rendah untuk makluman dan tindakan pihak puan selanjutnya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi:

Puan Nor Hidayah binti Ilias, Bahagian Pengembangan Kesuasateraan Kanak-kanak dan Remaja, melalui talian telefon 03-2147 9703 atau e-mel norhidayah@dbp.gov.my.

Sekian, terima kaish.
Lain-lain05.11.2019
1234

Kembali ke atas