Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.gup] | سڠݢوڤ

Definisi : 1. bersedia (utk melakukan sesuatu dll), rela, sudi: tiada siapa yg ~ mendengar dongeng itu lebih lanjut; 2. boleh atau mampu (melakukan sesuatu): bahasa Melayu ~ meng-ambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan di Tanah Melayu; pak ~ a) lelaki yg mengahwini perempuan yg sedang hamil (tetapi bukan dia yg menyebabkan kehamilan itu); b) cina buta; menyanggup sanggup melakukan sesuatu: janganlah kamu ~ saja; menyanggupi 1. menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu), menerima dan bersedia, merelai: demikian sumpah ayahku ketika permintaan itu diterima, dan engkau pun ~nya pula; 2. menyatakan atau menjadikan boleh (kuasa, mampu): tidak seorang pun yg berani ~ cabaran itu; kesanggupan 1. kesediaan (kerelaan dll) utk melakukan sesuatu: kalau ada ~ berun-ding, maka ada harapan baik utk menyelesai-kannya dgn damai; 2. kebolehan, kemam-puan: kaum wanita juga mempunyai ~ utk memegang jawatan sbg penyelia itu; berkesanggupan mempunyai (menunjuk­kan) kesanggupan, sanggup: pelajar di sekolah menengah sudah ~ utk menerima peng­ajaran melalui penyampaian hukum-hukum bahasa yg dipelajarinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.gup] | سڠݢوڤ

Definisi : 1 sudi dan berjanji akan melakukan sesuatu; sedia; rela: Dia ~ menolong kita. 2 mampu melakukan sesuatu; cekap: Tentera kita ~ mem­pertahankan negara drpd serangan musuh. menyanggup bersedia melakukan se­s­uatu; menyatakan sanggup: Dia cuma ~, tetapi tidak dilaksanakan apa-apa yg dijanjikan. menyanggupi menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu): Dia ~ segala permintaan penjahat itu. kesanggupan 1 hal bersedia (sudi dsb); kesediaan: ~ tuan utk berbincang amatlah kami hargai. 2 kesediaan dll utk melakukan sesuatu; kemampuan: Kaum wanita mempunyai ~ utk menjadi pemimpin negara. penyanggup orang yg sanggup, menyanggup atau menyanggupi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanggup (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersedia: rela, sudi, mahu, ingin, suka, setuju, berkenan, tidak keberatan,
Berantonim dengan enggan

2. Bersinonim dengan boleh: mampu, berupaya, pandai, dapat, terdaya, terlarat, berkebolehan, cekap, terbuat, lalu,

Kata Terbitan : menyanggupi, kesanggupan, berkesanggupan,

Puisi
 

Pucuk kangkung batang jerami,
     Bunga padi di Tanah Daik;
Sudah tak sanggup dengan kami,
     Cari ganti tempat yang baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Adat yang menurun,
     syarak yang mendaki.

Bermaksud :

Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya mahu bertanya ayat berikut manakah yang betul? i. Perasaan simpati [akan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. ii. Perasaan simpati [dengan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iii. Perasaan simpati [terhadap] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iv. Perasaan simpati [kepada] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. Saya agak kurang pasti dengan penggunaan perkataan di dalam [ ]. Mohon beri pencerahan. Terima kasih.Kata sendi nama "akan" digunakan untuk merujuk manusia, dan penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat perasaan. Contoh ayat "Kami gemar akan buah durian". 

Kata sendi "dengan" digunakan untuk:
a) membawa maksud bersama-sama atau berserta
    contoh ayat: "Saya senang sekali dengan kehadiran kamu."
b) membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan
    contoh ayat:"Mulakan makanmu dengan bacaan doa."
c) membawa maksud memakai atau menggunakan sesuatu alat
    contoh ayat: "Lalang sedang ditebas dengan sabit."
d) menyatakan perbandingan yang serupa atau sama 
    contoh ayat: "Samakah mutu emas tulen dengan emas suasa."

Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan atau benda. Contoh ayat: "Raja itu adil terhadap rakyat negerinya."

"Kepada" ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut: 
a) menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia 
contoh ayat: "Pemberian buku teks percuma kepada semua murid."
b) menyatakan pecahan 
contoh ayat: "Peserta kursus dibahagikan kepada tiga kumpulan."
c) menyatakan perubahan keadaan 
contoh ayat: "Ingatannya masih kepada peristiwa yang silam."

Diharap penerangan di atas dapat membantu anda menyelesaikan persoalan yang dikemukakan. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut,  saudara juga boleh merujuk "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Tatabahasa25.05.2022
Polis trafik sanggup mengorbankan masa untuk mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.(kata hubung dalam ayat ini ialah "untuk" kenapa tidak menggunakan perkataan "demi"?)Demi ialah kata sendi nama dan hadir di hadapan kata nama, bukan kata hubung. Tatabahasa26.10.2021
“Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.” Ini ayat contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pada halaman 1439. Pada masukan ini dinyatakan sementelahan bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi. Bukankah ayat ungkapan yang wajar digunakan dalam ayat contoh ini ialah “sementelahan” sahaja tanpa “pula”?Penggunaan "pula" menjadi "sementelahan pula" dalam ayat yang diberikan tidak salah, cuma lewah.Tatabahasa23.02.2009
adakah 'sanggup' tergolong dalam kata kerja??Perkataan "sanggup" tergolong dalam kata kerja.Tatabahasa20.08.2013
Dia sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun demi negaranya. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQAyat yang gramatis ialah "Dia sanggup menggadaikan nyawanya demi negara."Tatabahasa16.02.2012
Minta maaf, kerana membuat pertanyaan semula tentang kata sanggup, saya amat memuaskan hati dengan jawaban yang diberikanPerkatan sanggup tergolong dalam kata kerja.Tatabahasa30.09.2013
ejaan untuk kusanggup adakah dieja rapat? kalau aku sanggup ejaannya jauh..Perkataan kusanggup ditulis rapat manakala aku sanggup ditulis terpisah.Tatabahasa08.09.2009
sehingga setakat ini, saya belum menerima maklum balas daripada pihak dbp tentang pertanyaan saya, kata 'sanggup' tergolong kata apa?Perkataan sanggup tergolong dalam golongan kata kerja.Tatabahasa30.09.2013
Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini. ada 5 pilihan Adari. Bdemi. Cdengan. Ddaripada,E untuk Jika jawapan ialah B atau E,boleh jelas sedikit tak kerana tak faham tentang perbezaannyaJawapan yang betul ialah Polis trafik sanggup mengorbankan masa  E. untuk  mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini. Tatabahasa21.10.2021
Salam Satu Malaysia, 1. Pak Harun menyatakan bahawa dia sanggup bergolok-gadai demi membiayai pengajian anak tunggalnya di/ ke menara gading. (apakah kata sendi nama yang sesuai?)Salam sejahtera,

Penggunaan kata sendi yang betul ialah "di". Kata sendi "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.
Jadi, ayat yang betul ialah:

Pak Harun menyatakan bahawa dia sanggup bergolok-gadai demi membiayai pengajian anak tunggalnya di menara gading.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.03.2018
123456

Kembali ke atas