Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tan] | سنتن

Definisi : air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tan] | سنتن

Definisi : air dr kelapa parut yg diramas (berwarna putih spt susu): kepala ~ santan yg agak kental. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santan

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Santan dibalas dengan tuba.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
getah[g:«.tAh]kata namasejenis kuih yang diperbuat daripada ubi, santan dan gula.   
nasik manih[nA.si/ mA.nih] sejenis penganan yang dibuat daripada beras pulut, gula melaka dan santan, wajik.   
krutuk[kÄu.tu/]kata namasejenis masakan daripada daging/ayam yang bercampur rempah dan dimasak dengan santan sehingga pekat.   
bute nako[bu.te nA.k] sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung pulut (berbentuk biji nangka), dimasak bersama santan, halba dan gula melaka.   
lopak tike[l.pA/ ti.kE] sejenis kuih daripada tepung beras, pulut yang dimasak dan dimakan bersama-sama kuah santan dan gula melaka.   
solok lada[s.l/ lA.d] sejenis makanan yang dibuat daripada lada besar (yang hijau) yang disumbat dengan adunan kelapa dan ikan serta direbus bersama sedikit santan. Ia biasanya dimakan bersama nasi kerabu.   
locong I[l.tSN]kata namasejenis minuman sejuk yang terdiri daripada campuran isi berwarna hijau (dibuat daripada tepung beras dan air pandan) dicampur dengan santan dan air gula melaka, cendol.   

Kembali ke atas