Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tan] | سنتن

Definisi : air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tan] | سنتن

Definisi : air dr kelapa parut yg diramas (berwarna putih spt susu): kepala ~ santan yg agak kental. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santan

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Santan dibalas dengan tuba.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kue genggang[kue gEN.gAN] sejenis kuih daripada tepung beras, santan, gula dan sedikit garam yang diadun bersama, dan separuh daripada adunan itu dibubuh pewarna merah. Adunan tersebut dikukus dalam loyang selapis demi selapis, diselangselikan warnanya; kuih lapis.   
tebak[t«.bA/]kata namasejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan dan sedikit garam dan dikacau seperti dodol, dan dimakan bersama kuah gula.   
bubur semaian[bu.buÄ s«.mAj.jAn] sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan yang dikacau sehingga pekat dan dicampurkan gula merah.   
telinge batak[t«.li.N« bA.tA/] sejenis kuih daripada campuran tepung beras, gula Melaka dan santan yang dibentuk bulat leper, dilubangkan seperti cincin dan digoreng; denderam, telinga keling.   
pulot tetal[pu.lot t«.tAl] sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut yang telah dikukus bersama santan dan sedikit garam dan ditekan dalam loyang hingga mampat sebelum dipotong kecil untuk dimakan begitu sahaja atau bersama kuah gula.   
madu angsa[mA.du AN.sA] sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut hitam, yang diperap dengan ragi dan dimakan bersama santan.   
bakau kering[bA.kAw k«.ÄiN] sejenis kuih yang menggunakan bahan-bahan seperti jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga digoreng kering, ditumbuk dan dimasukkan ke dalam adunan tepung, telur, gula dan santan lalu diencap. Kemudian dimasukkan dalam acuan dan dibakar; bakau berempas.   
bakau berempas[bA.kAw b«.Ä«m.pAs] sejenis kuih yang menggunakan bahan-bahan seperti jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga digoreng kering, ditumbuk dan dimasukkan ke dalam adunan tepung, telur, gula dan santan lalu diencap. Kemudian dimasukkan dalam acuan dan dibakar; bakau kering.   

Kembali ke atas